Homestay Mak Lang Jitra

23 August, 2012


Homestay Mak Lang Jitra terletak di Kampung Pulau Pisang, Tunjang 5KM dari Bandar Jitra, Kedah. Jika anda dari Bandar Jitra, ambil jalan Jitra-Kodiang dan sebelum sampai ke Pekan Tunjang anda dapat melihat Sekolah Kebangsaan Tunjang di sebelah kiri. Ambil simpang di kiri betul-betul bersebelahan dengan sekolah di mana jalan tersebut menuju ke Pulau Pisang. Jalan Pulau Pisang ini sebenarnya adalah jalan pintas bagi kenderaan dari arah Perlis seperti Arau dan kodiang untuk ke Bandaraya Alor Setar tanpa melalui Bandar Jitra di mana ia akan keluar tepat di Pekan Kepala Batas dan Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim.

Homestay Mak Lang Jitra adalah gabungan unsur-unsur tradisional dan moden berlatar belakang suasana kampung yang nyaman dan tenteram. Binaan rumah kayu berusia lebih 100 tahun digabungkan dengan binaan batu moden membangkitkan naluri romantis dan santai. Ia berterusan membakar dan menyemarakkan setiap jiwa penghuni dengan kedamaian dan kepuasan.

Menurut pemilik Homestay Mak Lang, mereka sangat mengalu-alukan cyclist untuk singgah di sini. Untuk peminat MTB, mereka juga ada mengaturkan kayuhan untuk trail-trail terpilih di sekitar Jitra yang cukup teknikal dan mencabar dengan pakej bermalam di Homestay Mak Lang. Untuk informasi yang lebih lanjut, anda boleh melawati laman http://homestayml.blogspot.com 

Read more...
Related Posts with Thumbnails

About This Blog

MyLife, MyBike, MyFriends, MyWorld

A notes of my mountain biking activities and my experiences to be shared
There was an error in this gadget

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP