UUM XC 2009 Review

19 July, 2009

....ni dia baru jumpa gambar dok tengah duduk minum, ambik dari blog Gerek Gunung


























Overall I'm quite satisfied with my performance in this race. I'm able to compete effectively and put myself in the middle of the group considering this is my first race. My machine is superb. Smooth transition and clean braking forces effectively delivers raw power side by side with other expensive machines. The 2.0 tire with motorcross pattern fits perfectly in this muddy and wet condition. Shimano deore drivetrain never dissapoints me, inexpensive but get the job done. I have no complaint at all.

The trail is excellent with 95% rideble... the only problem is me......MTB mai tolak basikal. .....Next year ride???..will think about it.....

Read more...

My Anniversary of Cycling

14 July, 2009



Anak perempuan aku yang paling kecik cukup berminat dengan basikal



Kawan kawan terawal yang sentiasa menemani kayuhan tak kira di mana. Aku tak akan lupa depa semua... kawan sejati tak mungkin dapat diganti







Masing masing kepala nampak bintang, peluh seram sejuk- nak pitam le tu.... maklumlah baru belajar panjat bukit he ne ...


Antara gambar terawal semasa masih lagi mentah dalam aktiviti kayuhan ni.


Minggu ni genap setahun aku berkecimpung dalam aktiviti yang dinamakan kayuh gerek. Banyak suka dari duka yang ditempuh. Banyak duit jugak yang habis.... tapi orang kata kepuasan diri tu tidak ada harga...priceless.
Banyak kawan kawan baru yang aku berkesempatan kenal. Kebanyakan mereka cukup ikhlas, positif dan supportif.

Antara pengalaman yang tak boleh dilupa apabila kami satu group yang baru berjinak dalam kayuhan ni kayuh panjat bukit wang dan sampai sekerat jalan masing masing terhoyong hayang nak pitam. Walaupun matahari cukup cerah waktu tu, tapi bila tengok sekeliling nampak gelap macam nak hujan. Masing masing nak kayuh tak mau mengalah sebab malu kat kawan lain, padahal semua yang dok ada pun nak pitam jugak......selepas rehat satu jam atas puncak kami pun kayuh turun dan berhenti makan di warung kaki Bukit Wang.... kami balun habis satu raga nasi bungkus... kakak yang dok meniaga tu pun takut tengok kami makan.....bela hantu raya ka apa...

Semakin lama aku kayuh, semakin tinggi rasa ketidakpuasan dalam diri ini. Madsud aku, aku nak yang lebih thrill lagi seperti downhill. Mungkin projek tahun depan aku nak reke full suspension bike supaya aku boleh lonjakan setakah lagi dalam aktiviti ini.


Tak lupa juga isteri dan anak anak tersayang yang sentiasa memahami dan memberi galakan terus menerus.

Read more...

Kayuhan Antara Loji dengan JBA Kedah

11 July, 2009




Abang Li loji tengah dok bagi taklimat kayuhan. Sebelah kanan (baju putih orang kuat JBA mai dari Selangor nu jauh nye...





11/07/2009- 7.30 am. Kayuhan bermula dari loji air Pelubang ke loji air Kampung Darat Changloon. Kayuhan melalui jalan tar dengan sesekali mendaki dan menurun. Boleh tahan jugak wooo. Kayuh balik depa dah sediakan pulut dereyan dan makan tengahari kat Loji Pelubang. Disebabkan suntuk masa kami minta celah dulu sebab ada kerja. Mintak maaf kat abg Li loji banyak banyak. Lain kali kita atog lain.



Read more...
Related Posts with Thumbnails

About This Blog

MyLife, MyBike, MyFriends, MyWorld

A notes of my mountain biking activities and my experiences to be shared

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP