Desakan Puncak Jitra

26 June, 2010


Walaupun berkali kali mendaki, rasa jemu tidak pernah terlintas. Perasaan mendesak terus mengetuk pintu hati untuk mengunjunginya. Walaupun perit, kecewa, putus asa, serik dan bermacam macam lagi perasaan menyelubungi pendakian demi pendakian tetapi pengunjung tetap dihadiahkan dengan kepuasan ketika dipuncak. Pemandangan yang indah dan kesegaran udara pagi cukup sebagai hadiah yang sukar dinilai. Diatas terasa betapa kerdilnya aku melihat alam ciptaan Yang Maha Esa. Terima Kasih Ustaz Raja untuk gambar.

Ustaz Raja sedang memberi taklimat untuk misi pendakian seterusnya

Dari kiri- Rizal dari Alor Setar, Senu, Raja, Khairil, Art IKBN, Lan, Orange Head dan zn

Read more...

Dua Hari Penuh Berliku

19 June, 2010


Setelah kelmarin kumpulan Adiharriman dan sekutunya memulakan misi pencarian dan pengkajian trek sekitar bukit bukau Jitra, hari ini satu lagi kumpulan yang terdiri dari cikgu cikgu melakukan kayuhan melepaskan geram di tempat yang sama sebab esok sesi sekolah akan bermula. Permulaan sesi sekolah bermakna cikgu cikgu semua terpaksa mengurangkan aktiviti kayuhan mereka. Kayuhan hari ini diketuai oleh Cikgu Alias dan tugas sweeper ditanggung oleh Cikgu Azhar IKBN. Cukgu Lutfi tidak dapat hadir kerana berehat baru sahaja balik dari umrah.

Wajah wajah cikgu yang berjasa kepada bangsa

Cikgu Fauzi sanggup datang dari Kuala Nerang untuk melepaskan geram kat Jitra. Beliau juga minat mendaki gunung.

Cikgu Khairil dari Taman Pasu, Jitra

Cikgu Jas dan Ustaz Raja, walaupun kelmarin dah kayuh kat sini, hari ni turun lagi..katanya tak puas

Kerakusan manusia menjangkaui batasan alam

Cikgu zan (mengajar kat sekolah mana tak pernah nampak pun) dan cikgu Fauzi

Laluan berbatu menyukarkan pengendalian jentera

Read more...

Lima Jam Lima Bukit

18 June, 2010


10 orang rider ketegar dari Alor Setar dan Jitra meredah lima bukit dalam masa lima jam dalam misi menguji kesesuaian trek. Kayuhan dipelopori oleh Nasrul@Lontruth, Comelfz, Adiharriman,Jamal dan beberapa rider Redflag, PudinTTG, Senu, Alias bikeshop, Alan KBS, Zul Fuji dan beberapa rider sekitar Jitra seperti Raja@banana island dan cikgu Jas.

Tiga gandingan penting Adi, Nasrul dan Pudin TTG

Raja bersama Adi dan Nasrul

Comelfz dok bincang nak buat laluan freefall kebawah tanpa kayuh

Alan KBS bersama Nasrul

Ustaz Raja orang kuat banana island orang kampung aku niieh

Inilah posing yang paling sempoi dari Senu- thanks Raja for the photo

Cikgu Jas dari Tmn Tunku Sarina, Jitra

Read more...
Related Posts with Thumbnails

About This Blog

MyLife, MyBike, MyFriends, MyWorld

A notes of my mountain biking activities and my experiences to be shared

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP