Prinsip Pembahagian Kemakmuran

15 August, 2009

Sempena kedatangan Ramadhan aku dengan berat hati terpaksa mengistiharkan cuti sebulan untuk sebarang aktiviti kayuhan dan mengisi ruang kepada lebih banyak aktiviti kerohanian. Itulah yang aku harapkan. Tulisan aku akan lebih kepada apa yang terlintas diminda yang sesekali terpaksa diluahkan.



Setiap muslim percaya bahawa rezeki datangnya dari Allah. Ada yang dapat lebih dan ada yang dapat kurang. Kepada insan yang mendapat rezeki yang melimpah ruah perlu ingat bahawa rezeki itu bukanlah hak mutlak mereka kesemuanya. Insan yang dilimpahkan dengan kekayaan dan kesenangan adalah sebenarnya ejen pembahagian kemakmuran yang dilantik oleh Allah untuk diberikan kepada golongan yang memerlukan. Setiap insan adalah ejen dan tentunya mengikut kapasiti masing masing. Aku bukan menyarankan untuk setiap insan mendermakan wang ringgit mereka. Ada banyak cara untuk kita memakmurkan ummah.

1. Kepada pembuat dasar, pembuat keputusan, yang ada kedudukan untuk membuat pembelian di syarikat swasta mahu pun kerajaan dan orang perseorangan.

Ingat anda adalah ejen pembahagian kemakmuran dan mempunyai tanggung jawab yang besar untuk membantu gedung perniagaan dan perkidmatan ummah. Setiap wang ringgit yang anda belanjakan kearah ini akan digandakan oleh Allah. Percayalah, rezeki anda akan lebih dan kedudukan dan pangkat anda akan lebih. Sokongan dan jaringan dalam pelbagai bentuk akan terbina dengan sendirinya terhadap anda. Kerja anda akan lebih mudah.

2. Kepada pemilik perniagaan yang ada kedudukan dan establis. Tanggungjawab anda terlalu besar. Setiap kontrak dan sales yang anda dapat bukanlah hak mutlak anda kesemuanya. Ingat anda adalah ejen yang dilantik oleh Allah untuk pembahagian kemakmuran. Anda tidak perlu bolot kesemuanya. Anda tidak perlu tamak. Anda tidak perlu buat kesemua kerja/kontrak yang diberikan. Anda perlu bahagi bahagikan kepada syarikat kecil yang baru menapak. Anda perlu bantu naikkan perniagaan mereka semoga satu hari nanti mereka akan sama sama berada ditahap yang sama dengan kedudukan anda. Percayalah, jika mereka yang anda bantu mencapai tahap yang sama dengan kedudukan anda ketika itu, kedudukan anda sekarang jauh sepuluh kali ganda daripada mereka.

Aku banyak belajar selok belok ilmu perniagaan dari abang ipar aku yang menjalankan bisnes signboard, billboard, pengiklanan dan event management walaupun aku bukan meniaga, cuma makan gaji. Banyak usahawan yang beliau lahirkan . Beliau menggalakan pekerja pekerja yang berwibawa membuka perniagaan mereka sendiri. Walaupun berkeupayaan untuk menyelesaikan kerja dengan sendiri, beliau lebih suka mengagihkan kerja kerja kepada perniagaan yang baru menapak ini. Aku tak nampak ada persaingan head on diantara mereka, kalau adapun persaingan yang sihat. Apa yang aku nampak dengan ketara, perniagaan mereka semakin lama semakin maju.

Kalau kita menjadi ejen yang baik, Insyaallah... Allah akan melimpah ruahkan rezekiNya. Apa yang penting ialah bantu membantu bukan tekan menekan. Yang nampak nak jatuh, kita beri nafas yang baru, yang berjaya diatas tengok tengoklah dibawah sama. Hasad dengki jauh sekali.

0 comments:

Related Posts with Thumbnails

About This Blog

MyLife, MyBike, MyFriends, MyWorld

A notes of my mountain biking activities and my experiences to be shared

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP