Kayuhan Jelapang Padi 2010 Review

22 May, 2010


Sekalung tahniah kepada Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah selaku penganjur Kayuhan Jelapang Padi 2010 kerana dengan jayanya menganjurkan temasya ini yang cukup memuaskan hati. Walaupun ini kali pertama penganjuran, perjalanan aktiviti berjalan dengan lancar. Tahniah juga kepada KBS MTB Team yang berdiri teguh dibelakang penganjuran ini.

Sejak awal pukul 5 pagi, hujan turun dengan lebat disekitar Alor Setar. Bersempena dengan nama Kayuhan Jelapang Padi dan laluan juga disekitar kawasan bendang, inilah peluang para pengayuh merasakan nikmat turun ke bendang dan bergelumang dengan lumpur. Jersey yang dipakai memang macam orang baru balik dari bendang, penuh terpalit kelebog dan lumpur dan boleh dibuat kain buruk.

Kayuhan kali ini cukup laju. Kebanyakan riders yang menyertai kayuhan ini hebat hebat dan berpengalaman belaka. Tak ada seorangpun yang aku nampak menolak basikal kecuali yang pancit tayar. Tak ada seorang pun yang berhenti kat CP duduk minum air. Semua yang aku tengok macam professional riders. Pukul 10.30 pagi hampir 80% riders dah menamatkan kayuhan sampai pihak penganjur terpinga pinga sebab nasi belum sampai lagi. Nasib baik ada gerai koay teow kat dalam tu boleh juga sendal perut sementara menunggu nasi sampai. Begitulah perihal kelajuan kayuhan ini.

Pihak penganjur menyediakan hadiah kepada riders yang mendapat kedudukan 1-5. Nombor 1-2 dibolot oleh Team Giant Sin Boon Seng Yan sementara no 3 oleh Khairi007 dan 4-5 dibolot oleh Team MSN Kedah. Syabas juga kepada Team Gerek Baru yang kebanyakannya mendapat kedudukkan dibawah 50.


Semua foto dari Adiharrimam.com

0 comments:

Related Posts with Thumbnails

About This Blog

MyLife, MyBike, MyFriends, MyWorld

A notes of my mountain biking activities and my experiences to be shared

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP