Lambaian Jerai: Fun & Fear
14 November, 2012
Gunung Jerai puncak tertinggi di Negeri Merong Mahawangsa, ketinggian 2,107 meter. Meyimpan pelbagai khazanah alam, seribu misteri dan mitos. Terkenal sejak zaman dahulu dan menjadi tarikan ramai pedagang. Keindahan semulajadi dengan flora dan fauna dan hutan simpanan ratusan tahun usia yang dilindungi. Laluan yang cantik tersedia untuk diterokai dan dijamah.
Seringkali mendengar mengenai laluan Downhill melalui tangga 1000 kenari ini. Beberapa geng Jitra telah beberapa kali menuruni laluan ini. Pelawaan dari Lontruth yang mengatur kayuhan ke sini sempena Hari Deepavali(13/11/2012) telah meruntun hati kami lantas Team Gerek Baru yang dikepalai oleh Ustaz Raja Azriffuddin, Pudin TTG, Along Aiman & Md. Noor adalah antara 43 peserta dari Kedah, Perlis, Pulau Pinang bahkan dari Kuala Lumpur menyahut cabaran menyertai acara ini
Passionate & Ambitious
Adrenalin, Skill and a pinch of luck
Young & Dangerous: Maintaning Grip – Flow like a pro
Alhamdulillah semuanya selamat mengharung cabaran di laluan curam dipenuhi akar-akar besar berselirat merintang jalan, batu-batu besar yang menambah hentakan. Mental diuji keberanian disudi. Hanya 6 km jaraknya, waduhhh penat tak terkata namun hati tetap gumbira.
Man of the day
Santai dan Riadah, mandi & solah
INSYAALLAH KAMI NAK DATANG LAGI … WE LIKE..Thank You Guys
0 comments:
Post a Comment