Weekend Ride – LM Mini Jamboree

03 July, 2013


Cuti Jumaat diambil peluang dengan menyertai kayuhan Santai ini. Mini Jamboree anjuran Kelab LM Bikers Alor Setar yang disertai oleh hampir 200 orang peserta sekitar Jitra, Alor Setar, Tunjang dan lain-lain lagi. Sebahagan pihak kami juga menjadi petugas (Marshall).

Laluan yang digunakan adalah sebahagian dari  laluan Kedah Jamboree 2009 atau Laluan Kayuhan Sejahtera Kedah (KSK). Trek sejauh 41 km yang menarik pemandangan meliputi  paip gas, kebun getah, sawah padi dan sedikit kawasan hutan renek.



Jamuan makan tengahari disediakan dengan hidangan buah-buah tempatan seperti durian, rambutan dan manggis(musim buah la ni)




Acara meregangkan otot sebelum memulakan kayuhan

Momin Kang & The Gang dari Tunjang

Road Bike pun ade?


Feeding Point – Ayer dan Pisang disediakan


Medical team siap menanti


Read more...

Kayuhan Penyengat

15 February, 2013

IMG_0102
Kayuhan anjuran Md. Nasron aka Lontruth yang dipanjangkan oleh Ustaz Raja  di dalam FBnya berjaya menghimpunkan 15 rider. Merupakan kayuhan rutin setiap Sabtu(9/2/2013). Lama juga kami tidak ke sini, mungkin sebab itu ‘penunggu’ di sini dah lupa. Beberapa rakan disambut oleh Sang Penyegat dengan memberi ‘tanda’ buat kenang-kenangan.

Tetapi tidak lah memberi kecederaan yang serius, hanya ‘pedih-geli-gatai’ jer..


IMG_0068
Melalui bebeberapa laluan baru yang merupakan pintasan kepadalokasi yang  agak semak.  Trek berteknikal ini memberi peluang kepada rider merasai nikmat adrenalin.


IMG_0028 Gumbira dari 15 penunggang

IMG_0078 Geng Kayuh Lasak

IMG_0080 Skill dipertajam

Read more...

Kayuhan Tahun 2013

05 January, 2013

P1050196
Membuka tirai tahun 2013. Pihak Jitra Cycling Club (JCyC) telah  memulakan aktiviti kayuhan dengan menganjurkan program kayuhan ukhwah sambil menjemput beberapa rakan kayuhan dari Sungal Petani, Kulim, Alor Setar, Jitra dan Perlis.

Pihak Gerek Baru tidak ketinggalan menyambut cabaran dengan menghantar wakil terdiri dari Pudin TTG, Nun,  Rizal Arbi dan Art TTBC.  Ustaz Raja bertindak sebagai marshall dan Jaswady yang kebetulan hendak ke Padang Besar, sebagai marshal  motor.

Kayuhan Th Baru02 Laluan bermula di Jitra iaitu dari Kedai TM, Tanah Merah  ->Guar Napai-Pauh –> Felda Chuping-Padang Besar –> Kangar –>Arau –>Kodiang-Kedai TM. Kayuhan sejauh lebihkurang 1

30km sahaja.

Kayuhan Th BaruRizal RB yang memang menunggang RB – penunjuk jalan


Kayuhan Th Baru03Pudin TTG sebagai sweeper bersama Zalmi

P1050291
Mashall – Ustaz Raja azriffudin

P1050175
Jaswady – Mashall Motor, Menciwi Kawasaki baru

Read more...

Kayuhan Di Ambang Tahun Baru 2013

02 January, 2013

PC310043Satu program anjuran Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri Kedah yang dikenali sebagai “Sambutan Ambang Sejahtera 2013” telah  diadakan pada 31 Disember 2012, bertempat di Dataran Tasik Darul Aman, Jitra. Kedah Darulaman.

image

Pelbagai pengisian program diadakan seperti program kayuhan basikal MTB, persembahan alunan gendang tiga kaum dan persembahan nasyid dari kumpulan Dzil Afnan, Mestica dan penyanyi Ezad Lazim dari kumpulan Exist. Persembahan berkenaan dikendalikan oleh selebriti terkenal Leman Raja lawak dan Chik Galapagos.

Sebelum countdown tahun baru

dan pertunjukkan bunga api dibuat, ucaptama dari Menteri Besar dan Exco Kerajaan Negeri Kedah, YB Ustaz Abdul Ghani Ahmad.

PC310056PC310059



Program kayuhan basikal MTB dikendalikan oleh Team Gerek Baru dan Jitra Cycling Club(JCyC) dan dijayakan dengan kehadiran rakan-rakan kayuhan dari sekitar Jitra, Alor Setar, Changloon dan lain-lain lagi. Walau hujan turun namun program “Cabaran MTB Bukit Kelubi” tetap diteruskan. Flag Off dilakukan oleh Ustaz Rosli bin Azmi, Setiausaha Politik MB Kedah

.

PC310045Penyertaan adalah percuma, Makan & minuman disediakan



PC310051 

Ganténg

 

PC310064

Read more...

Sepagi Di Bukit Kelubi

08 December, 2012

IMG_3663
Tarikh: 2012 Dis 8, hari Sabtu, jam 8.00 pagi
Bukit Kelubi melatari Jitra. Berada dibelakang Taman Tunku Sarina dan terletak dalam kawasan hutan  Bukit Payung. Ketinggian sederhana cuma 295meter sahaja dari aras laut. Dari puncaknya dapat melihat panorama indah hampir seluruh  pekan  Jitra hingga ke Alor Setar. Mula di daki sekitar tahun 2009 oleh Team Jitra. Kalau dahulu kabus yang dingin menyapa pipi, kini … hutannya sudah bolos ditebang menyebabkan suasana dingin dan redup sudah berkurangan. NAMUN trek ini tetap menjadi pilihan ramai geng-geng Utara untuk mencabar kudrat mereka.


IMG_3660

Hari ini seramai 10 orang rider mencabar diri mendaki Bukit Kelubi. Dari puncak, kami turun melalui ‘zig-zag trail’ . Penurunan yang curam lagi mencabar kerana laluan yang kelihatan usang dengan ditumbuhi rumput dan pokok liar. Batu-batu longgar dan jalan yang terhakis kerana hujan lebat. Namun ia tidak mematah semangat kami, rakan-rakan baru dari Changloon(ACM) dapat melepasi walau hati dok kecut.

IMG_3673


Opppss … jaga-jaga
IMG_3694
Pass mai. Kerjasama diperlukan
IMG_3703
Cabaran baru bagi rider baru

Read more...

Lambaian Jerai: Fun & Fear

14 November, 2012

 

 

 

 

 

IMG_3176
Gunung Jerai puncak tertinggi di Negeri Merong Mahawangsa, ketinggian  2,107 meter. Meyimpan pelbagai khazanah alam, seribu misteri dan mitos. Terkenal sejak zaman dahulu dan menjadi tarikan ramai pedagang. Keindahan semulajadi dengan flora dan fauna dan hutan simpanan ratusan tahun usia yang dilindungi. Laluan yang cantik tersedia untuk diterokai dan dijamah.


IMG_3204
Seringkali mendengar mengenai laluan Downhill melalui tangga 1000 kenari ini.  Beberapa geng Jitra telah beberapa kali menuruni  laluan ini. Pelawaan dari Lontruth yang mengatur kayuhan ke sini sempena Hari Deepavali(13/11/2012)  telah meruntun hati kami lantas Team Gerek Baru yang dikepalai oleh Ustaz Raja Azriffuddin, Pudin TTG, Along Aiman &  Md. Noor adalah antara 43 peserta dari Kedah, Perlis, Pulau Pinang bahkan dari Kuala Lumpur menyahut cabaran menyertai acara ini


IMG_3247


Passionate & Ambitious
IMG_3249
Adrenalin, Skill and a pinch of luck
IMG_3284


Young & Dangerous: Maintaning Grip – Flow like a pro

Jerai2
Alhamdulillah semuanya selamat mengharung cabaran di laluan curam dipenuhi akar-akar besar berselirat  merintang jalan, batu-batu besar yang menambah hentakan.  Mental diuji keberanian disudi. Hanya 6 km jaraknya, waduhhh penat tak terkata namun hati tetap gumbira.


IMG_3254

Man of the day
IMG_3328-horz
Santai dan Riadah, mandi & solah



INSYAALLAH KAMI NAK DATANG LAGI … WE LIKE..Thank You Guys

Read more...

Kayuhan Menciwi Di Trek Hosba

11 November, 2012

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

hosba4
Tetiba hidayah datang, kepingin bukan kepalang. Alang-alang selok pekasam, tidak lagi memandang ke belakang, maka Fulsus yang baru sudah ditatang. Di trek Hosba basikal barunya diperkuda melepaskan kempunan yang sekian tersimpan.

Ustaz Raja Azrifuddin kini  sudah merasai nikmatnya menunggang FullSusp . Sudah merasai keempukkan fork ‘main’ depan dan belakang dengan basikal jenama Polygon Collosus AXX model 2013 .

hosba

Tanggal 10 November , hari Sabtu bersama 13 sahabat kami meredah ladang getah di Hosba yang terkenal dengan trek berteknikalnya. Cabaran dirasai, Adrenalin memuncak, sahabat turut memberi petunjuk. Alhamdulillah semuanya selamat tetapi ada yang putus rantai dan ada yang patah RD, itulah bahana di Trek Hosba.


Selepas kayuhan, ke rumah sahabat(saudara Zambri Ayam) pakat bertandang, makan kenduri – ukhwah terjalin

SELAMAT DATANG KE DUNIA AMt



Gambar diciluk dari FB Buyung Batoque ..

Read more...

Puncak dan Pangkal

03 September, 2012


Dipuncak awan diselubungi kabus dikelilingi rimbunan hijau didakap kedinginan pagi dituas tercungap cungap diteres tingkat bertingkat diratah mentah mentah dinoda bergilir gilir. Rakus, tamak dan desakan adrenalin. Inilah gambaran kayuhan dari satu titik ke satu titik hingga selesai. Keserasian alam dan badan. Menjiwai setiap kayuhan yang hanya pada MTB.


MTB dan RB adalah dua alam yang berbeza. Tidak ada kesinambungan antara keduanya. Pada mereka yang cuba mengalami kedua dua alam ini serentak adalah satu hipokrit. Jiwa mereka dalam keadaan ketidak tentuan. Mereka sebenarnya berada dalam alam transisi sehingalah mereka kembali ke alam yang benar. Alam yang betul-betul menjiwai kehidupan mereka. Pilihan hanyalah satu. Pilihan yang benar adalah dengan kembali kepangkal jalan.

Read more...

Homestay Mak Lang Jitra

23 August, 2012


Homestay Mak Lang Jitra terletak di Kampung Pulau Pisang, Tunjang 5KM dari Bandar Jitra, Kedah. Jika anda dari Bandar Jitra, ambil jalan Jitra-Kodiang dan sebelum sampai ke Pekan Tunjang anda dapat melihat Sekolah Kebangsaan Tunjang di sebelah kiri. Ambil simpang di kiri betul-betul bersebelahan dengan sekolah di mana jalan tersebut menuju ke Pulau Pisang. Jalan Pulau Pisang ini sebenarnya adalah jalan pintas bagi kenderaan dari arah Perlis seperti Arau dan kodiang untuk ke Bandaraya Alor Setar tanpa melalui Bandar Jitra di mana ia akan keluar tepat di Pekan Kepala Batas dan Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim.

Homestay Mak Lang Jitra adalah gabungan unsur-unsur tradisional dan moden berlatar belakang suasana kampung yang nyaman dan tenteram. Binaan rumah kayu berusia lebih 100 tahun digabungkan dengan binaan batu moden membangkitkan naluri romantis dan santai. Ia berterusan membakar dan menyemarakkan setiap jiwa penghuni dengan kedamaian dan kepuasan.

Menurut pemilik Homestay Mak Lang, mereka sangat mengalu-alukan cyclist untuk singgah di sini. Untuk peminat MTB, mereka juga ada mengaturkan kayuhan untuk trail-trail terpilih di sekitar Jitra yang cukup teknikal dan mencabar dengan pakej bermalam di Homestay Mak Lang. Untuk informasi yang lebih lanjut, anda boleh melawati laman http://homestayml.blogspot.com 

Read more...

Anjung Kola Fun Ride 2012

25 June, 2012


Anjung Kola Fun Ride with YB Nasir at Kuala Kedah was held on 23 June 2012. About 800 participants took part in this event. The event was well organized and all registered participants were given a good quality jersey. Gerek Baru sent a group of riders lead by Ustaz Raja as a show of support to this event.


Read more...

Jamboree Kubang Pasu 2012

21 May, 2012


Jamboree Kubang pasu 2012 telah dirasmikan oleh YB Dato' Wira Mohd Johari Bin Baharom merangkap Ahli Parlimen Kubang Pasu. Seramai lebih kurang 200 peserta mengambil bahagian dalam acara yang julung kali diadakan dengan gabungan Majlis Belia Daerah Kubang Pasu, Pejabat Ahli Parlimen Kubang Pasu dan Pejabat Belia Kubang Pasu. Trek dan marshal MTB diurus oleh Team MTB Jitra dan Team Gerekbaru.








Semua foto hakmilik Pudin TTG dan disiarkan semula dengan kebenaran.

Read more...
Related Posts with Thumbnails

About This Blog

MyLife, MyBike, MyFriends, MyWorld

A notes of my mountain biking activities and my experiences to be shared

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP