Kayuhan Di Ambang Tahun Baru 2013

02 January, 2013

PC310043Satu program anjuran Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri Kedah yang dikenali sebagai “Sambutan Ambang Sejahtera 2013” telah  diadakan pada 31 Disember 2012, bertempat di Dataran Tasik Darul Aman, Jitra. Kedah Darulaman.

image

Pelbagai pengisian program diadakan seperti program kayuhan basikal MTB, persembahan alunan gendang tiga kaum dan persembahan nasyid dari kumpulan Dzil Afnan, Mestica dan penyanyi Ezad Lazim dari kumpulan Exist. Persembahan berkenaan dikendalikan oleh selebriti terkenal Leman Raja lawak dan Chik Galapagos.

Sebelum countdown tahun baru

dan pertunjukkan bunga api dibuat, ucaptama dari Menteri Besar dan Exco Kerajaan Negeri Kedah, YB Ustaz Abdul Ghani Ahmad.

PC310056PC310059



Program kayuhan basikal MTB dikendalikan oleh Team Gerek Baru dan Jitra Cycling Club(JCyC) dan dijayakan dengan kehadiran rakan-rakan kayuhan dari sekitar Jitra, Alor Setar, Changloon dan lain-lain lagi. Walau hujan turun namun program “Cabaran MTB Bukit Kelubi” tetap diteruskan. Flag Off dilakukan oleh Ustaz Rosli bin Azmi, Setiausaha Politik MB Kedah

.

PC310045Penyertaan adalah percuma, Makan & minuman disediakan



PC310051 

Ganténg

 

PC310064

Read more...

Sepagi Di Bukit Kelubi

08 December, 2012

IMG_3663
Tarikh: 2012 Dis 8, hari Sabtu, jam 8.00 pagi
Bukit Kelubi melatari Jitra. Berada dibelakang Taman Tunku Sarina dan terletak dalam kawasan hutan  Bukit Payung. Ketinggian sederhana cuma 295meter sahaja dari aras laut. Dari puncaknya dapat melihat panorama indah hampir seluruh  pekan  Jitra hingga ke Alor Setar. Mula di daki sekitar tahun 2009 oleh Team Jitra. Kalau dahulu kabus yang dingin menyapa pipi, kini … hutannya sudah bolos ditebang menyebabkan suasana dingin dan redup sudah berkurangan. NAMUN trek ini tetap menjadi pilihan ramai geng-geng Utara untuk mencabar kudrat mereka.


IMG_3660

Hari ini seramai 10 orang rider mencabar diri mendaki Bukit Kelubi. Dari puncak, kami turun melalui ‘zig-zag trail’ . Penurunan yang curam lagi mencabar kerana laluan yang kelihatan usang dengan ditumbuhi rumput dan pokok liar. Batu-batu longgar dan jalan yang terhakis kerana hujan lebat. Namun ia tidak mematah semangat kami, rakan-rakan baru dari Changloon(ACM) dapat melepasi walau hati dok kecut.

IMG_3673


Opppss … jaga-jaga
IMG_3694
Pass mai. Kerjasama diperlukan
IMG_3703
Cabaran baru bagi rider baru

Read more...

Lambaian Jerai: Fun & Fear

14 November, 2012

 

 

 

 

 

IMG_3176
Gunung Jerai puncak tertinggi di Negeri Merong Mahawangsa, ketinggian  2,107 meter. Meyimpan pelbagai khazanah alam, seribu misteri dan mitos. Terkenal sejak zaman dahulu dan menjadi tarikan ramai pedagang. Keindahan semulajadi dengan flora dan fauna dan hutan simpanan ratusan tahun usia yang dilindungi. Laluan yang cantik tersedia untuk diterokai dan dijamah.


IMG_3204
Seringkali mendengar mengenai laluan Downhill melalui tangga 1000 kenari ini.  Beberapa geng Jitra telah beberapa kali menuruni  laluan ini. Pelawaan dari Lontruth yang mengatur kayuhan ke sini sempena Hari Deepavali(13/11/2012)  telah meruntun hati kami lantas Team Gerek Baru yang dikepalai oleh Ustaz Raja Azriffuddin, Pudin TTG, Along Aiman &  Md. Noor adalah antara 43 peserta dari Kedah, Perlis, Pulau Pinang bahkan dari Kuala Lumpur menyahut cabaran menyertai acara ini


IMG_3247


Passionate & Ambitious
IMG_3249
Adrenalin, Skill and a pinch of luck
IMG_3284


Young & Dangerous: Maintaning Grip – Flow like a pro

Jerai2
Alhamdulillah semuanya selamat mengharung cabaran di laluan curam dipenuhi akar-akar besar berselirat  merintang jalan, batu-batu besar yang menambah hentakan.  Mental diuji keberanian disudi. Hanya 6 km jaraknya, waduhhh penat tak terkata namun hati tetap gumbira.


IMG_3254

Man of the day
IMG_3328-horz
Santai dan Riadah, mandi & solah



INSYAALLAH KAMI NAK DATANG LAGI … WE LIKE..Thank You Guys

Read more...
Related Posts with Thumbnails

About This Blog

MyLife, MyBike, MyFriends, MyWorld

A notes of my mountain biking activities and my experiences to be shared

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP