Imam Muda Raja Al Hafiz

18 August, 2010



Nama sebenar Raja Azrifudin Al Hafiz. Menetap di Banana Island , Tunjang, 5 KM dari Jitra. Beliau didedahkan dengan pendidikan agama sejak dari kecil dan menghafal Al Quran sejak umur 12 tahun. Setelah tamat pengajian, beliau mencurahkan ilmu di sebuah intitusi pendidikan yang terkenal di utara Kedah. Beliau juga ada membuka pusat bimbingan Qiraati di Taman Darulaman, Jitra.

Ustaz Raja adalah nama yang lebih dikenali dikalangan rakan basikal. Semangat dan kesungguhan beliau terus menyemarakkan lagi aktiviti berbasikal di Jitra. Beliau terus membuktikan bahawa aktiviti berbasikal ini bukan saja sihat diluaran bahkan dalaman. Dalam bersukan, suruhan agama tidak pernah diringankan. Beliau akan mengepalai pembacaan doa pada setiap kayuhan dan menjadi imam pada setiap solat pada sebarang aktiviti basikal/jamboree. Kehadiran beliau ternyata memberi impak yang sangat positif. Rakan Rakan MTB seluruhnya mengalu-alukan kemunculan beliau.

0 comments:

Related Posts with Thumbnails

About This Blog

MyLife, MyBike, MyFriends, MyWorld

A notes of my mountain biking activities and my experiences to be shared

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP