Salam Aidil Fitri dan Salam Sejahtera Kedah

30 August, 2011

Salam Aidil Fitri diucapkan kepada seluruh muslimin dan muslimat khasnya rakan rakan berbasikal di seluruh pelusuk Malaya. Gerek Baru merakamkan jutaan ampun dan maaf jika terkasar dan terasa sepanjang berkarya di alam maya.

Dengan berakhirnya Ramadhan, Gerek Baru akan terus merencanakan aktiviti aktiviti kayuhan untuk melengkapkan jadual sepanjang tahun ini. Untuk pengetahuan, Gerek Baru telah bersetuju untuk memperomosikan satu kayuhan sempena Ekspo Perdagangan Kedah Sejahtera 2011 yang bakal diadakan di Balai Pos, Sungai Korok, Mukim Jerlun pada 01 Oktober 2011. Kayuhan ini dinamakan "Kayuhan Sejahtera Kedah" yang bakal melengkapkan aktiviti-aktiviti sepanjang ekspo tersebut.

Gerek Baru pada dasarnya telah bersetuju untuk merangka program kayuhan tersebut dan seterusnya melaksanakan sehingga berjaya. Satu jawatankuasa telah dilantik untuk perlaksanaan.

Konsep kayuhan adalah funride dan terbuka kepada semua jenis basikal dan melalui jalan 'road' sahaja dan jarak kayuhan lebih kurang 45-50 KM. Kayuhan akan melalui kawasan Jerlun.

Gerek Baru sangat berharap sokongan dari rakan rakan berbasikal untuk menjayakan program ini. Walaupun kesuntukan masa, Gerek baru komited untuk menjayakan program ini.

Maklumat lanjut akan muat turun selanjutnya.

1 comments:

QQ said...

Selamat Hari Raya.. =)

Related Posts with Thumbnails

About This Blog

MyLife, MyBike, MyFriends, MyWorld

A notes of my mountain biking activities and my experiences to be shared

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP