Trek Kayuhan Sejahtera Kedah 2011

19 September, 2011

Sejahtera Kedah MTB Track at EveryTrail
EveryTrail - Find hiking trails in California and beyond

Nama Trek :Trek Kayuhan Sejahtera Kedah
Jarak Trek :40 KM
Jenis Trek :MTB Cross Country (off road 60% ; Road 40% )

Trek ini sebenarnya telah lama diterokai oleh pengayuh- pengayuh perseorangan sekitar Jitra pada awal 2005. Antara pengayuh tegar yang awal menerokai trek ini ialah saudara Aiman Ravi, rider SBS Giant yang menduduki tempat pertama Kedah Jamboree. Gerek Baru mengambil inisiatif ke hadapan dengan memperkenalkan trek ini kepada lebih ramai rider di sekitar Jitra.

Trek Sejahtera Kedah ini bermula di Tasik Darulaman, Bandar Darulaman, Jitra dan melalui jalan paip gas menuju ke Lubok Batu, Kg Kota Mengkuang, Kg Keda dan seterunya ke Kg Charok Langsat Wang Tepus. Keadaan muka bumi yang berbukit bukau dan beralun dan suasana yang redup dan dingin bakal menggamit kayuhan semua. Trek ini juga dikenali sebagai Trek Kota Mengkuang.

Trek ini bercirikan kepantasan, pengawalan badan yang baik, enduran dan pengawalan pernafasan yang jitu. Disamping itu juga, teknik penukaran gear yang pantas dan kesabaran yang tinggi amat diperlukan. Maka tidak hairanlah rider terkenal seperti Aiman Ravi memilih trek ini sebagai salah satu dari trek pilihan. Kebanyakan rider professional ini membuat kayuhan tanpa henti dengan kelajuan yang tinggi dan mengambil masa kurang dari 2 jam untuk menghabiskan satu pusingan.

0 comments:

Related Posts with Thumbnails

About This Blog

MyLife, MyBike, MyFriends, MyWorld

A notes of my mountain biking activities and my experiences to be shared
There was an error in this gadget

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP