Teknik Downhill
02 January, 2012
Banyak pembaca pembaca blog ini menyarankan saya menulis dalam Bahasa Melayu supaya lebih ramai peminat-peminat MTB dapat mengikuti dan memahami minda saya dengan lebih tepat. Sebenarnya, saya memang suka menulis. Setiap perkataan yang ditulis melambangkan pemikiran dan minda seseorang penulis. Saya memilih English sebab untuk menambah-baik lagi penguasaan bahasa tersebut dengan mempraktikkan dalam penulisan. Walaubagaimanapun, untuk tidak menghampakan sesiapa, saya akan memuatkan artikel-artikel saya di dalam dua bahasa bergantung kepada topik-topik tertentu.
Kali ini saya ingin berkongsi pengalaman saya yang terlalu singkat berkenaan teknik downhill dan mendaki yang betul. Artikel ini ditujukan khas kepada penunggang "Gerek Baru" iaitu mereka yang baru menceburi aktiviti MTB.
Teknik downhill yang salah bakal mengundang kecederaan yang serius disebabkan kegagalan mengawal basikal dengan betul dan risiko terhumbam jatuh. Apabila mengambil downhill yang agak curam, kedudukan seatpost perlu direndahkan dari biasa. Apabila seat lebih rendah, kedudukan graviti kita juga rendah dan memudahkan keseimbangan badan. Kedua, kedudukan punggung kita perlu dianjak kebelakang untuk mengalih berat badan kita dan pusat graviti kita kebelakang dan memudahkan kita mengawal basikal dengan lebih stabil. Ketiga, Jangan duduk diatas seat, sebaliknya letakkan berat badan kita di atas pedal pengayuh. Foto dibawah menunjukkan persamaan dengan teknik downhill yang betul.
Pada pos yang akan datang, saya akan berkongsi teknik mendaki yang betul. Terima kasih kepada Saudara Pudin kerana kebenaran menggunakan foto-foto yang diambil dari kayuhan penutup tirai 2011 Trek Hosba yang diadakan pada 30 Disember 2011. Terima kasih juga kepada guru-guru saya terutamanya Nasrul Lontruth dan Alias D'Pallas.
2 comments:
untuk basikal yang mempunyai penyerap hentakan belakang ('rear shock absorber'), mungkin tidak sesukar yang menggunakan basikal 'hard tail'.
yang menggunakan basikal hard tail memang kena betul2 menggunakan teknik yang sesuai, kalau tak alamatnya tertonggeng jawabnya ...
ekor keras juga mampu bersaing jika ikut teknik yang betul
Post a Comment