Reunion SMSK Batch 85

31 May, 2009

Group Mat Jiwa @ Sains Kedah Batch85 reunion


Tarikh: 30-31 Mei 2009
Tempat : Lumut
Penginapan : Blue Bay Resort, Lumut.

Reunion kali ini boleh dikatakan cukup berjaya. Sebanyak 29 ASAK @ Sains Kedah @ SMSK berjaya menghadirkan diri walaupun pada mulanya hanya dalam linkungan 23-25 peserta yang beri pengesahan.

Jutaan penghargaan kepada semua yang bertungkus lumus menjayakan program ini terutamanya Radzi kodiang dan tuan rumah bersama Rahimi dan Wan Yusaini dan lain lain lagi yang tak disebut disini.

Secara ringkasnya, aturcara berjalan dengan sempurna sekali dimana peserta mendaftar diri pada 30/5/09 jam 2 petang di lobby hotel dan jamuan ringan teh diadakan di cafe. Seterusnya, pada Jam 4.00, peserta berkumpul dan bertolak ke Pengkalan TLDM di mana Pak Din Ludin dah ready dengan acara melawat kapal perang ( KD Lekir ) dan melihat secara dekat aset-aset persenjataan milik navy kita seperti Heli Super Lynx dan Heli Fennex. ( Terimakasih kepada Pak Din kerana kesempatan yang diberikan- kalau saja saja nak pi tengok sapa nak bagi hampa masuk! juga makanan di atas Lekir yang cukup selera, sampai la pun balik rumah dok teringat mi mamak atas kapal lekir)

Pada malamnya, Jamuan makan malam diadakan di Sekolah Menengah Teknik Sri Manjung ( Sekolah cikgu Wan Yusaini kita). Acara berjalan didalam dewan yang tersergam indah (teringat dewan SMSK dulu ). Acara dimulakan dengan bacaan doa oleh Pak Din dan sadaqah al fatihah kepada rakan rakan yang telah pergi lebih awal daripada kita, AL-FATIHAH.

Antara menu yang menjadi favorite malam tu ialah BBQ kambing dengan black pepper sauce, wow memang terangkat. Shamdona ada buat slide show tentang tentang kehidupan zaman sekolah dulu- cukup detail dan menyentuh- syabas Sham. Aturcara selesai lebih kurang pukul 11.30pm. Selepas pi hantar anak isteri ke hotel, geng laki laki pi pekena teh tarik dan borak borak.

Esok pagi 31/5/09 jam 9.30am perlawanan futsal antara Geng utara lawan Geng KL. Geng KL tak sabar sabar nak tebus kekalahan dulu. Depa kata kalau depa kalah, depa tak mau mai dah reunion akan datang. Maka dengan itu, Geng utara bagi depa menang kesian 5-4.

0 comments:

Related Posts with Thumbnails

About This Blog

MyLife, MyBike, MyFriends, MyWorld

A notes of my mountain biking activities and my experiences to be shared

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP