Trek Jati Pallas, Mk Wang Perah
31 October, 2009
From ldgjati31.10.09 |
Seperti biasa kali ini seramai 5 orang rider ketegar diketuai oleh Bro Senu dan dibantu oleh Yeh D'Pallas, zn, lan diamondback dan at bata bersama rider pelapis seramai 4 orang menyelongkar khazanah ladang jati wang perah.
Trek ini tidak pernah mengecewakan tetamu yang datang. Setiap kunjungan pasti meninggalkan kesan yang mendalam didalam diari kayuhan. Trek ini lebih pendek dan bersahaja jika dibandingkan dengan trek ladang jati Perik tetapi mempunyai beberapa downhill yang menghairahkan. Segala kredit patut diberikan kepada Yeh D'Pallas yang meneroka dan memperkenalkan trek ini. Secara resminya trek ini dinamakan Trek Jati Pallas bersempena penerokanya Yeh D'Pallas.
Satu insiden yang tidak diingini telah berlaku semasa keghairahan meluncuri graviti pada awal downhill yang pertama lagi. Seorang rider pelapis tidak dapat mengawal luncuran dan terhumbam kedalam anak gaung tetapi keadaannya tidak membimbangkan dan SOS telah dihantar kepada penjaganya dan beliau terpaksa dihantar pulang.
Insiden gravity sifar
at bata mempamirkan skil mendaki
Lan diamondback
Bro Senu (tengah) dan Yeh D'Pallas(kanan) membincangkan sesuatu mengenai trek
Read more...