Thompson Trail Cameron Highlands
13 June, 2010
Image from adiharriman.com
Semakin aku mendalami sejarah, isi dan fauna trail ini, semakin hati aku mendesak untuk menjejaki tayar basikal menuruni liku liku apa yang telah dilalui oleh Jim Thompson 43 tahun lalu. Jim Thompson seorang saudagar sutera dari Bangkok telah dilaporkan hilang didalam hutan Cameron Highlands pada 26 Mac 1967 apabila keluar merayau rayau seorang diri dikawasan yang kini terkenal dengan nama Thompson Trail. Misteri kehilangan beliau banyak digemburkan dengan pelbagai teori.
Kepada pengayuh mountain bike, trail ini bermula di Ringlet dan tamat di Habu dengan jarak lebih kurang 45KM. Pada Disember 2008, Kumpulan Soo Beng dan Adi dari Alor Setar mengambil masa lebih kurang 6 jam untuk menamatkan kayuhan dari Ringlet ke Habu. Titik tertinggi adalah pada 1422M di kawasan BOH Tea Plantation dan yang terendah pada 590M di kawasan perkampungan orang asli. Kayuhan mesti dimulakan pada awal pagi untuk memberi ruang masa siang yang lebih kepada pengayuh.
Image from danishevent.com
Jika dilihat pada track elevation, kayuhan terbalik dari Habu ke Ringlet juga boleh dilakukan dengan pendakian yang lebih pendek dan penurunan yang lebih panjang. Tidak dinafikan, persiapan yang rapi dari segi bekalan makanan dan minuman dan juga kenderaan sokongan amatlah perlu demi kejayaan misi.
0 comments:
Post a Comment