Thompson Trail ada 'uuummph'
18 July, 2010
Seawal pagi Jumaat 16/07/10 kami bergegas ke Cameron Highlands dalam misi Thompson Trail Fun Ride anjuran Danish Event. Hampir 150 riders menyertai ekpedisi. Perjalanan kesana dalam keadaan 'leisure' sempat singgah di Juru menikmati juadah juadah istemewa.
PROFIL TRAIL
Thompson Trail
Bermula di Habu dan berakhir di Habu, Cameron Highlands
Jarak Kayuhan : 44 KM
Kayuhan ke Thompson Trail bukanlah untuk mencari si Thompson yang hilang, tetapi lebih kepada melonjakkan satu lagi titik dalam diari kayuhan yang masih cetek. Sedikit research dibuat mengenai keadaan trail dan kayuhan team yang pernah kesana. Persiapan kayuhan tdak dipandang remeh. Pada hari kayuhan 17/07/10, stok makanan dan minuman dipersiapkan untuk bertahan selama 6 jam didalam misi. Beg setiap riders diisi padat dengan roti berbagai jenis dan minuman isotonik..terasa sedikit beban semasa mendaki. Keadaan sebenarnya, stok makanan sedikit 'over' dimana roti tidak dijamah langsung..cuma makan sneakers 2 ketul dan minum 1-1.5 liters air sahaja. Average riders boleh menghabiskan kayuhan dalam masa 4 hingga 6 jam. Peserta terawal dari Team Giant Sin Boon Seng hanya mengambil masa 3 jam++ ke garisan penamat. Syukur kerana persiapan lebih dari sepatutnya.
Peserta dihidangkan dengan trail yang sungguh menyelerakan. Gerek Baru menarafkan trail ini sebagai 'The Must Ride Trail' untuk seluruh penggemar MTB. Hampir 98% kawasan boleh dikayuh dan selamat..budak budak pun boleh melaluinya tanpa sebarang masalah. Peserta dijamu dengan pendakian yang panjang dan downhill yang panjangggg juga. Pertama kali terlintas dalam kepala semasa downhill 'bilakah penurunan ini akan berakhir???'. Selepas downhill off road tadi, pendakian yang terlalu panjang menyusuri Ladang teh BOH yang ada uuuumph sehinggakan naik rasa jemu dan mental sedikit goyah..benar benar menguji kekuatan minda.
Terimakasih PUDIN TTG untuk semua foto yang menarik.
Kenduri ikan bawal di Juru
Bersiap sedia untuk berkayuh
Bersama Abang Ron dan Jai 'khusairi' Red Flag
Berhenti sebentar sebelum downhill panjang
0 comments:
Post a Comment