Trail Mingguan Sesedap Rasa
10 July, 2010
Trail off road boleh diibaratkan seperti hidangan makanan di atas meja...mesti ada pembuka selera...mesti ada pelbagai pilihan...dan penyudahnya dengan hidangan pemanis mulut...lepas tu letak bantal boleh lena. Satu perasaan puas seperti hilang ketagihan bagi menyusuri satu minggu hadapan seterusnya. Inilah juga yang perlu dititikberatkan oleh penganjur penganjur jamboree dalam pemilihan trail yang baik...kerana jamboree bukanlah pertandingan kelajuan (race) tetapi lebih kepada temasya perhimpunan warga MTB...berkayuh dan berhimpun ditempat tersedia. Rata rata peserta jamboree datang dari pelbagai lapisan umur dan tahap. Ada kanak kanak, ada muda, ada tua, ada baru kayuh, ada dah lama kayuh, ada yang suka suka kayuh dan ada yang tak suka kayuh tapi kena kayuh...he he.
Prinsip ini juga diguna pakai dalam pemilihan trail mingguan Gerek Baru. Minggu ini pilihannya ialah Taman Suria- Jalan belakang DXN- CP3 reverse- belakang Bukit Wang- lencong kebun getah dan keluar ke Pondok Gajah Teriak- Bukit Botak- Kampong Pallas- Paya Tok Teh dan balik semula ke Taman Suria. Jarak kayuhan lebih kurang 35KM. Rider dihidangkan dengan pendakian off road yang panjang dan downhill yang panjang dan sedikit ekstrem (pembuka selera). Kemudian ke laluan belakang Bukit Wang membelah hutan dara dan deruan air terjun yang sedia menanti. Pendakian separuh jalan tarmac dan separuh lagi laluan berbatu kecil. Kayuhan disudahi dengan laluan mendatar melalui mini tar menyusuri kampong kampong.
Kayuhan hari ini diketuai oleh Alias D'Pallas dan Senu merangkap sweeper dan diikuti oleh Ustaz Raja, zn dan zaim the banshee.
putus rantai
atas CP3
Apabila pokok pokok getah semakin membesar..laluan ini akan lebih stabil..dan lebih teduh..dan laluan sambung menyambung..satu trail buatan yang cukup luas.
Bukit Wang
Dalam hutan buluh
0 comments:
Post a Comment