Banjir Besar Jitra 2010

07 November, 2010


Kronologi banjir : Air mula naik di kawasan Jitra secara nyata pada pukul 8-9 malam 01/11/2010. Pada Pukul 12.30 pagi 02/11/2010 kawasan sekitar Maybank dan Taman Ihsan/ Sek Menengah Jitra sudah tidak dapat dilalui kenderaan. Hujan lebat tanpa henti semenjak dari 30/10/2010.

Paras air Sungai Padang Terap @Durian Burung

Paras air Sungai Padang Terap @Kuala Nerang

Paras air Sungai Kedah @Kepala Batas, Jitra

Paras air Sungai Bata @Jitra
Nota: Geraf daripada sumber MADA

Air mula mencecah paras bahaya di Sungai Padang Terap @Padang Sanai pada 31/10/2010 12:00 tengahhari dan Sungai Padang Terap @Kuala Nerang pada 01/11/2010 12:00 am.

Manakala di kawasan Jitra pula, air mula mencecah paras bahaya di Sungai Kedah @Kepala Batas pada 01/11/2010 jam 6:30 pm dan di Sungai Bata @Jitra pada 6:30 pm juga.

Kesimpulan: Air mengambil masa lebih kurang 18 jam bergerak dari Kuala Nerang untuk memberi impak banjir di kawasan Jitra. Sebaik sahaja Sungai Bata, Jitra mencecah paras bahaya, ia mengambil masa lebih kurang 3 jam++ untuk menengelamkan kawasan rendah di Jitra.

Fenomena kenaikan air secara mendadak juga direkodkan di Sungai Arau, Perlis pada sekitar masa yang sama. Hat Yai , Selatan Thai juga mengalami banjir pada masa yang sama.

Banjir Jitra mula surut pada hari Khamis 04/11/2010 dan Alor Setar pula mula dinaiki air pada 03/11/2010.


Gambar diambil pada hari Rabu 03/11/2010 jam 6:30 pm dimana air mula surut.
Kedai Jeff Red Flag juga ditenggelami air- baru lepas dibersihkan
Semangat tolong menolong membersihkan pusat qiraati ustaz Raja

Paras sebenar air banjir di kawasan rendah Jitra

0 comments:

Related Posts with Thumbnails

About This Blog

MyLife, MyBike, MyFriends, MyWorld

A notes of my mountain biking activities and my experiences to be shared

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP