Persiapan Jerai MTB Jamboree 2011

14 January, 2011

Jamboree pembuka tirai musim 2011 bakal bermula 16 Januari 2011 ini. Gurun satu pekan yang pesat membangun memang terkenal dengan industri pembuatan kereta NAZA, motosikal Modenas, industri petrokimia serta Perwaja. Gurun juga bakal menjadi tuan rumah kepada lebih 1600 orang pelumba mountain bike seluruh negara. Gerek Baru juga turut menghantar seramai 20 peserta ke temasya ini yang julung kali diadakan.

Trek Jerai MTB Jamboree dengan senang senang boleh memuatkan lebih 2000 orang pelumba pada satu masa kerana laluan  yang lebar dan laju. Saya sebenarnya risau tentang keadaan laluan di dalam kebun getah yang kering dan berbatu lada halus. Keadaan akan bertambah bahaya jika cuaca terlalu kering yang bakal menyebabkan laluan trek tidak mencengkam tayar terutama semasa mengambil selekoh semasa downhill. Apatah lagi pelumba- pelumba cenderong meningkatkan kelajuan kerana jalan yang lebar. Kerisauan saya sebenarnya tidak berasas kerana cuaca sekarang menyebelahi peserta-peserta. Kedah tahun ini seolah olah tidak ada musim kemarau kerana hujan sentiasa turun walaupun pada bulan January yang biasanya kering.


From adiharriman

Perlu ditegaskan disini, pelumba-pelumba perlu merancang kayuhan dengan teliti berpandukan profil trek dengan mengetahui jarak dan pendakian yang perlu ditempuh. Ini kerana trek JMJ11 terdapat banyak pendakian pendek yang 'roller coaster' dan bakal menghirup tenaga peserta dan terkulai sebelum tamat. Peserta mesti tahu ditempat mana perlu disimpan tenaga dan dibahagian mana perlu dihamburkan keseluruhan tenaga.

Selamat berkayuh.

0 comments:

Related Posts with Thumbnails

About This Blog

MyLife, MyBike, MyFriends, MyWorld

A notes of my mountain biking activities and my experiences to be shared

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP