Pembangunan Basikal Gunung

19 March, 2011

Gerek Baru terus menerus komited dalam pembangunan dan pengembangan basikal gunung khususnya di kawasan utara Kedah. Walaupun serba kekurangan dari segi dana, Gerek Baru terus utuh mengembangkan aktiviti-aktiviti berbasikal komuniti. Rider-rider yang sedia ada tidak pernah menoleh kebelakang bahkan terus mengembeling tenaga memajukan sukan ini ketahap yang lebih baik.

Setiap kali aktiviti kayuhan, Gerek Baru akan mengandingkan rider-rider junior dan senior  bersama- sama merentasi halangan trek yang disediakan. Dengan cara ini, rider-rider junior dan baru akan dapat sama-sama mempelajari skil dan teknik kayuhan daripada yang lebih senior. Masing-masing dapat belajar dari satu sama lain.

Minggu ini, hasil usaha Ustaz Raja " Raja atur kayuh Gerek Baru" berjaya mengumpulkan hampir 25 rider untuk menjamah trek CP3. Gerek Baru mengalu-alukan rider jemputan dari Sungai Petani iaitu Asnizam Kong dan Din Merida dan juga rider banana island yang menetap di Gerik Fathyhi bersama sepupunya. Gerek Baru juga meraikan rider suami isteri iaitu saudara Hanif bersama isterinya melayan trek offroad CP3 yang terkenal dengan pendakian dan terjunan teknikal berbatu longgar. Syukur kepada Tuhan kerana semua rider berjaya menamatkan kayuhan dengan selamat.
Zaim bersama Hanif & Isteri
Din Merida

Atas bukit CP3



Rider junior

Cikgu Wan

Fathyhi- berpengkalan di Gerik berasal dari banana island

Jan- lagi rider banana island berpengkalan di Tmn Suria

  Syamsul- rider yang dah masuk kategori senior


Along- rider junior yang sedang meningkat..no 80 di Teluk Batik

Yap Poli- sedang mengukir nama diarena xc

Rider cilik Angah- baru dilepaskan bapa untuk ke off road

ini lagi sorang

anak senu- kayuh kuat macam bapa dia

Baru berjinak-jinak dengan MTB

Fiz-tak pernah melepaskan peluang untuk berkayuh, kayuhan mengalahkan senior

Yeeehooo



0 comments:

Related Posts with Thumbnails

About This Blog

MyLife, MyBike, MyFriends, MyWorld

A notes of my mountain biking activities and my experiences to be shared

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP