MTB tetap MTB, Kayuh tetap Kayuh

10 May, 2011

Gerek Baru, Jitra dan MTB tak mungkin dapat dipisahkan. Walaupun banyak rintangan dan cubaan untuk merungkai rantaian Gerek Baru dari segenap pelusuk, Gerek Baru terus berdiri kukuh dan terus menerus berbakti di arena MTB khasnya di Jitra. Bulan Mei ini bermakna genap tiga tahun Gerek Baru di arena MTB.

Di dalam masa tiga tahun ini, banyak team dan blog datang dan pergi, yang tumbuh macam cendawan selepas hujan, yang menguncup bagai daun semalu, Gerek Baru terus mengunyah bagai anai-anai tanpa disedari. Apakah sehingga keruntuhan baru disedari?

Saya mendapat banyak pertanyaan daripada rakan-rakan bertanyakan Gerek Baru memandangkan sejak akhir-akhir ini aktiviti semakin menurun. Sebenarnya, aktiviti berjalan seperti biasa, cuma tidak dimasukkan dalam blog. Ini munkin disebabkan kesibukan saya dan usaha untuk memperkukuhkan lagi rantaian. Ini adalah jawapan yang tersurat. Yang tersirat sebenarnya Gerek Baru sedang mengalami krisis. Mungkin krisis identiti, ketidakyakinan, kewibawaan???. Percayalah, kami dapat menguruskan dengan baik selama tiga tahun, berdoalah kami dapat mengharungi untuk seterusnya. Datang dan pergi adalah lumrah.

Disaat yang genting ini, sokongan dari ANDA semua amat dihargai. Tunjukkan sokongan ANDA dan 'connect with Google friend connect'. Atau tinggalkan pesanan di Chat box. Atau tinggalkan komen dibawah posting. Atau sertai Gerek Baru menawan Puncak Jerai pada cuti Hari Wesak 17/05/2011 pukul 8.00 pagi dikaki Gunung Jerai.

Gerek Baru akan terus menerus mengembangkan sukan MTB ini dan akan terus berada di alam siber selagi ada sokongan dari ANDA semua.

SELAMAT ULANGTAHUN KE 3 GEREK BARU

0 comments:

Related Posts with Thumbnails

About This Blog

MyLife, MyBike, MyFriends, MyWorld

A notes of my mountain biking activities and my experiences to be shared

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP