Kayuhan Sejahtera Kedah 2011- A Snapshot

02 October, 2011



Gerek Baru selaku penganjur Kayuhan Sejahtera Kedah 2011 mengucapkan terima kasih kepada semua peserta yang mengambil bahagian dalam kayuhan ini. Sebenarnya konsep kayuhan ini masih lagi baru dan kami berharap untuk mengembangkan lagi pada masa hadapan. Kayuhan ini lebih kepada usaha mengumpulkan pengayuh-pengayuh MTB sekitar dan merapatkan hubungan sesama riders. Kayuhan lebih bersahaja dalam persekitaran harmoni dan sejahtera. Peserta dihidangkan trek road dan offroad yang tidak terlalu ekstrem.

Lebih kurang 170 peserta telah berjaya menghadirkan diri pada kayuhan ini. Pihak kami terpaksa membataskan usaha promosi memandangkan peruntukan dana sebenarnya hanya untuk 200 peserta. Kehadiran peserta memang dalam jangkaan kasar penganjur. Konsep kayuhan ini berbeza dari lain-lain kayuhan di mana yuran penyertaan adalah percuma dan peserta dilayan seperti acara jamboree dengan diiringi oleh marshal bergerak dan statik. Waterpoint juga disediakan dimana peserta diberi air minuman dan pisang.


Disamping itu juga, satu tabung perubatan untuk adik Nurazreen telah diedarkan sebelum dan selepas kayuhan dan kutipan amat memberangsaangkan. Tabung telah disempurnakan oleh YB Speaker Dewan Undangan Negeri Kedah Darulaman dan akan dibawa dan dihimpunkan di Sungai Petani bersama sama dengan tabung yang dilancarkan oleh kumpulan disana.

0 comments:

Related Posts with Thumbnails

About This Blog

MyLife, MyBike, MyFriends, MyWorld

A notes of my mountain biking activities and my experiences to be shared

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP