Sorotan 2011

26 December, 2011

Jika 2010 adalah tahun pembangunan Gerek Baru, 2011 adalah tahun pengukuhan Gerek Baru. Tahun 2011 lebih kepada aktiviti domestik dan kurang penonjolan atau merendahkan profil. Banyak aktiviti basikal dan jamboree di luar kawasan tidak disertai.

Walaubagaimanapun, Gerek Baru telah berjaya menganjurkan satu kayuhan berkonsepkan "Fun, Friendly and Free Ride" yang dinamakan Kayuhan Sejahtera Kedah pada bulan September 2011. Sebanyak 180 riders telah menyertai kayuhan tersebut yang rata-rata datang dari kawasan persekitaran. Daripada maklumbalas yang diperolehi, kebanyakan riders berpuas hati dengan konsep dan penganjuran kayuhan dan menyarankan kayuhan seperti tersebut dapat diadakan lagi dalam masa terdekat.

Pada tahun 2011, Gerek Baru banyak mengadakan kayuhan di persekitaran Jitra dan menjemput rider-rider di kawasan berhampiran seperti Changlun, Alor Setar dan Perlis mengikut serta. Gerek Baru ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada team-team basikal yang terus menyokong aktiviti yang dianjurkan oleh Gerek Baru terutamanya Red Flag Jitra, GTG Changloon, Gerek Bendang Perlis, Cleat MTB Alor Setar, Muwira Alor Setar, Geng Perlis, SAZA Sg Petani, SPCC Sungai Petani, Perwaja Gurun, LM Bikers Alor Setar, Payalantau Changloon dan orang perseorangan dan banyak lagi yang tidak tersebut disini.

Gerek Baru berharap untuk terus bersama-sama mengembangkan lagi aktiviti MTB pada tahun 2012 dan sedang merancang pelbagai aktiviti untuk seterusnya.

1 comments:

sofi said...

ada jugak nama PayaLantau..tima kasih GerekBaru...

Related Posts with Thumbnails

About This Blog

MyLife, MyBike, MyFriends, MyWorld

A notes of my mountain biking activities and my experiences to be shared

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP