Trek Che Yeh via CP3
19 February, 2012
Trek ini dinamakan Trek Che Yeh sempena nama Alias D'Palas (Yeh), rider yang mula-mula masuk dan menggeledah setiap pelusuk penjuru jaringan jalan di dalamnya. Apa yang menarik, trek ini mempunyai dua switchback yang cukup teknikal. Trek ini masih di dalam proses penambahbaikan dan jaringan sambungan sedang diuruskan. Yeh adalah bekas komando PASKAL dan selalunya bergerak berseorangan semasa mencari laluan baru dan kemudiannya akan membuat test ride dengan beberapa rider.
Gerek Baru cukup teruja dengan penemuan demi penemuan yang diumumkan. Khabarnya, saudara Pudin dan beberapa orang lagi sedang meneruskan usaha menjejaki Trek Bukit Layar di Wang Tepus, Jitra. Trek ini menjanjikan sesuatu yang berlainan kepada riders yang bukan kebiasaan.
Single trail yng memberahikan bersama Masri dengan 29'ers
Man dari Alor Setar
Cikgu Wan
Root garden
Ustaz Raja- Raja atur kayuh Gerek Baru-penggerak Team Jitra-Perancang utama-Penyimpan database rider Jitra-Penyimpan mohor Gerek Baru.
Along- Rider junior terbaik yang pernah dihasilkan dari barisan Gerek Baru
Sempat melawat saudara Jan yang jatuh dilaluan Che Yeh sehari sebelumnya dan mendapat 10 jahitan dimuka. Read more...