Trek Che Yeh via CP3

19 February, 2012

Belumpun sampai dua bulan penemuan Trek Hosba, Team Jitra mengumumkan pula penemuan Trek Che Yeh melalui CP3. Trek ini pada permulaannya panjang 2KM dan merupakan pecahan atau ranting kepada Trek CP3 Kedah Jamboree. Trek ini sebenarnya adalah jalan yang diteroka oleh pekebun-pekebun getah semasa menanam anak pokok getah beberapa tahun yang lalu dan kemudian ditinggalkan dipenuhi semak-samun. Jalan ini sebelumnya tidak dapat dilalui dan memerlukan kerahan tenaga yang banyak jika hendak dilalui. Apabila anak-anak getah mula nampak matang, pekebun-pekebun mula mencuci jalan-jalan di dalam dan mula menampakkan bahagian-bahagian yang menggiurkan.

Trek ini dinamakan Trek Che Yeh sempena nama Alias D'Palas (Yeh), rider yang mula-mula masuk dan menggeledah setiap pelusuk penjuru jaringan jalan di dalamnya. Apa yang menarik, trek ini mempunyai dua switchback yang cukup teknikal. Trek ini masih di dalam proses penambahbaikan dan jaringan sambungan sedang diuruskan. Yeh adalah bekas komando PASKAL dan selalunya bergerak berseorangan semasa mencari laluan baru dan kemudiannya akan membuat test ride dengan beberapa rider.

Gerek Baru cukup teruja dengan penemuan demi penemuan yang diumumkan. Khabarnya, saudara Pudin dan beberapa orang lagi sedang meneruskan usaha menjejaki Trek Bukit Layar di Wang Tepus, Jitra. Trek ini menjanjikan sesuatu yang berlainan kepada riders yang bukan kebiasaan.
Single trail yng memberahikan bersama Masri dengan 29'ers
Man dari Alor Setar
Cikgu Wan

Root garden

Ustaz Raja- Raja atur kayuh Gerek Baru-penggerak Team Jitra-Perancang utama-Penyimpan database rider Jitra-Penyimpan mohor Gerek Baru.
Along- Rider junior terbaik yang pernah dihasilkan dari barisan Gerek Baru

Sempat melawat saudara Jan yang jatuh dilaluan Che Yeh sehari sebelumnya dan mendapat 10 jahitan dimuka.

0 comments:

Related Posts with Thumbnails

About This Blog

MyLife, MyBike, MyFriends, MyWorld

A notes of my mountain biking activities and my experiences to be shared

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP