Panduan Memilih Mountainbike
17 February, 2012
Guide to choosing mountainbike. Panduan memilih mountainbike
Akhir-akhir ini saya banyak menerima e-mel dari adik-adik saya yang mengikuti blog ini berkenaan panduan memilih mountainbike yang baik dengan bajet yang terhad. Ada diantara mereka yang masih lagi belajar di universiti dan kolej tetapi mempunyai minat yang mendalam di dalam aktiviti lasak mountainbike.
Terbaru saya terima e-mel dari adik Farid yang masih lagi menuntut di kolej. Katanya adakah berbaloi jika beliau memilih basikal yang kurang nama seperti XCLS, Raleigh dan Exitway dengan bajet hanya dalam RM1500 beliau boleh mendapat spec yang tinggi berbanding dengan basikal berjenama. Biar saya jelaskan di sini, spec sebenarnya subjektif dan pemilihan basikal perlu melalui banyak kriteria yang bukan sekadar nama dan bajet.
Saya akan cuba huraikan kriteria-kriteria yang perlu dihalusi sebelum membeli mountainbike dan akan disiarkan dalam beberapa episod akan datang. Sebelum itu, saya ingin memberi sedikit komen berdasarkan pengalaman saya yang singkat ini berkenaan soalan adik Farid di atas. Kebanyakan basikal-basikal bajet yang dijual dikedai- kedai memang boleh dibeli dengan harga dalam linkungan RM1500 sekarang. Kebanyakan dilengkapi dengan 9 kelajuan Shimano Alivio. 9 kelajuan inilah 'selling point' pemilik kedai untuk modal melariskan jualan. Basikal ini juga dilengkapi disc brake mekanikal, kononnya lebih baik (berbanding brake jenis kapit). Perlu diingat, kebanyakkan kita terlepas pandang pada crank(perewel) dan rims. Di sinilah selalunya barang yang kurang kualiti diletakkan. Padahal, perewel dan rims adalah bahagian yang paling penting dalam basikal. Bahagian inilah yang akan menggerakkan basikal dan bahagian inilah yang perlu diberi perhatian.
Basikal entry level ini sebenarnya tidak ada masalah jika anda hanya gunakan untuk senaman ringan dan berkayuh santai untuk keluarkan peluh. Tetapi jika anda mahu serius dan lasak, banyak benda yang perlu diupgrade untuk menepati keselesaan dan kepuasan.
Perlu saya nyatakan di sini, dengan bajet yang kecil anda akan dapat mountainbike yang baik jika tahu 'give and take' ataupun teknik tambah/ kurang kan bahagian tertentu. Seperti stereo/ sound system yang baik, anda perlu tahu dimana perlu tambah bass untuk bunyi yang padat atau tambah tweeter untuk bunyi yang nyaring. Atau kedudukkan kotak bass mempengaruhi kepadatan bunyi, kenalah pandai letakkan pada sudut yang optima.
Episod ini adalah sebagai pembuka minda dan saya akan menghuraikan dengan lebih lanjut berkenaan panduan memilih mountainbike dalam episod akan datang.
1 comments:
penerangan yg bagus tuan,saya baru 4 bulan menceburi bidang mtb ni,group set dan fork dan berat basikal adakah ia memberi kesan yg besar kpd rider?
terima kasih..
kalau free jengok2 la blog say di semutsemutsihat.blogsport.com
Post a Comment