Jamboree Kubang Pasu , Jitra

15 May, 2012

Jamboree Kubang Pasu, Jitra, Kedah

Tarikh    : 19 Mei 2012  7:30 pagi
Tempat  : Tasik Darulaman, Bandar Darulaman, Jitra, Kedah.
Yuran    : RM20   ( T Shirt, Cabutan bertuah dan Makan tengahhari )
                Check point  - Pisang dan minuman isotonic
                Peserta terawal menamatkan kayuhan (bilangan tidak dipastikan) akan diberi medal
                Nota: Ini adalah kayuhan funride dan bukan race.

Anjuran : Ahli Parlimen Kubang Pasu, Majlis Belia Daerah Kubang Pasu dan Pejabat Belia Kubang Pasu.

Marshal : Marshal terdiri dari rider-rider Team Jitra .

Komen:

Bagi mereka -mereka yang inginkan cabaran, Jamboree Kubang Pasu ini adalah tempat yang terbaik untuk menikmati kayuhan yang cukup teknikal dan menguji minda setiap pengayuh. Pihak Team Jitra dan Gerek Baru telah dipertanggungjawapkan untuk menyediakan satu trek yang bersesuaian yang boleh dinikmati oleh semua pengayuh MTB yang tidak terlalu ekstrem tetapi tidak juga terlalu beginner. Tahap keselamatan semua pengayuh amat dititikberatkan dimana marshal-marshal terdiri daripada rider-rider yang berpengalaman.

Kepada pengayuh-pengayuh MTB sekitar, jangan lepaskan peluang yang julung -julung kali diadakan di sini dengan hanya bayaran yang minima. Dikhabarkan, peserta-peserta masih lagi boleh mendaftarkan diri sehingga pada pagi hari kayuhan.

Gerek Baru menjangkakan penyertaan sekitar 200 orang dan publisiti terpaksa dihadkan disebabkan banyak laluan single trail. Kuantiti 200 orang adalah tahap yang terkawal.


0 comments:

Related Posts with Thumbnails

About This Blog

MyLife, MyBike, MyFriends, MyWorld

A notes of my mountain biking activities and my experiences to be shared
There was an error in this gadget

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP