Trek Kayuhan MTB CP3 Jitra

13 May, 2012

Gerek Baru telah bersetuju mengembeling tenaga bersama-sama persekutuan Team Jitra bagi menyediakan satu trek yang bersesuaian untuk peserta-peserta kayuhan MTB dan dan menyediakan petugas-petugas bagi memastikan tahap keselamatan yang munasabah.. Gerek Baru sentiasa menyokong setiap usaha untuk memajukan aktiviti berbasikal . Kayuhan MTB ini akan diadakan seperti di bawah:

                Nama Kayuhan:        Jamboree CP3 Jitra
                Tarikh              :        19 Mei 2012   7.30 a.m
                 Tempat            :        Tasik Darulaman, Bandar Darulaman, Jitra, Kedah

                 Anjuran            :        Ahli Parlimen Kubang Pasu, Majlis Belia Daerah Kubang Pasu dan Pejabat   Belia Daerah Kubang Pasu.

Secara keseluruhannya trek yang bakal dihidangkan adalah untuk tahap beginner dan pertengahan. Ini dipilih berdasarkan kepada profil pengayuh-pengayuh yang bakal beraksi pada acara tersebut. Sebenarnya, banyak lagi acara yang bakal dihidangkan pada hari tersebut yang juga bersempena Hari Belia Negara. Acara kayuhan basikal fixie juga bakal diketengahkan pada hari temasya.

Kayuhan hari ini lebih kepada memperkenalkan trek kepada petugas-petugas dan rider. Sokongan daripada rakan-rakan dari Perlis, Alor Setar dan Sungai Petani turut memeriahkan kayuhan. Amatlah diharapkan jalinan kerjasama dengan Pejabat Belia Daerah dan Ahli Parlimen Kubang Pasu bakal diteruskan bagi memajukan aktiviti-aktiviti berbasikal di Jitra.

Semua foto hakmilik Pudin TTG dan terima kasih di atas kebenaran untuk mengeluarkan semula.

Sifu Nasron
Saudara Anuar(tengah) dari Kepala Batas, Jitra
Din-Orang kuat belia 
Haniff dengan Specialized 29'ners
semangat berpasukan dan tolong menolong
Bunyamin serta anak-anak-berbasikal sebagai aktiviti keluarga
Cik Li Team Gerek Bendang Perlis
Fitri dan Zahir dari GTG Perlis
Md Noor dari Payalantau Changloon
Zul Airforce- rider yang sedang mencipta nama dalam pertandingan MTB
Sesi Teh tarik

0 comments:

Related Posts with Thumbnails

About This Blog

MyLife, MyBike, MyFriends, MyWorld

A notes of my mountain biking activities and my experiences to be shared

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP