Jamboree Kubang Pasu 2012

21 May, 2012


Jamboree Kubang pasu 2012 telah dirasmikan oleh YB Dato' Wira Mohd Johari Bin Baharom merangkap Ahli Parlimen Kubang Pasu. Seramai lebih kurang 200 peserta mengambil bahagian dalam acara yang julung kali diadakan dengan gabungan Majlis Belia Daerah Kubang Pasu, Pejabat Ahli Parlimen Kubang Pasu dan Pejabat Belia Kubang Pasu. Trek dan marshal MTB diurus oleh Team MTB Jitra dan Team Gerekbaru.








Semua foto hakmilik Pudin TTG dan disiarkan semula dengan kebenaran.

Read more...

Jamboree Kubang Pasu , Jitra

15 May, 2012

Jamboree Kubang Pasu, Jitra, Kedah

Tarikh    : 19 Mei 2012  7:30 pagi
Tempat  : Tasik Darulaman, Bandar Darulaman, Jitra, Kedah.
Yuran    : RM20   ( T Shirt, Cabutan bertuah dan Makan tengahhari )
                Check point  - Pisang dan minuman isotonic
                Peserta terawal menamatkan kayuhan (bilangan tidak dipastikan) akan diberi medal
                Nota: Ini adalah kayuhan funride dan bukan race.

Anjuran : Ahli Parlimen Kubang Pasu, Majlis Belia Daerah Kubang Pasu dan Pejabat Belia Kubang Pasu.

Marshal : Marshal terdiri dari rider-rider Team Jitra .

Komen:

Bagi mereka -mereka yang inginkan cabaran, Jamboree Kubang Pasu ini adalah tempat yang terbaik untuk menikmati kayuhan yang cukup teknikal dan menguji minda setiap pengayuh. Pihak Team Jitra dan Gerek Baru telah dipertanggungjawapkan untuk menyediakan satu trek yang bersesuaian yang boleh dinikmati oleh semua pengayuh MTB yang tidak terlalu ekstrem tetapi tidak juga terlalu beginner. Tahap keselamatan semua pengayuh amat dititikberatkan dimana marshal-marshal terdiri daripada rider-rider yang berpengalaman.

Kepada pengayuh-pengayuh MTB sekitar, jangan lepaskan peluang yang julung -julung kali diadakan di sini dengan hanya bayaran yang minima. Dikhabarkan, peserta-peserta masih lagi boleh mendaftarkan diri sehingga pada pagi hari kayuhan.

Gerek Baru menjangkakan penyertaan sekitar 200 orang dan publisiti terpaksa dihadkan disebabkan banyak laluan single trail. Kuantiti 200 orang adalah tahap yang terkawal.


Read more...

Trek Kayuhan MTB CP3 Jitra

13 May, 2012

Gerek Baru telah bersetuju mengembeling tenaga bersama-sama persekutuan Team Jitra bagi menyediakan satu trek yang bersesuaian untuk peserta-peserta kayuhan MTB dan dan menyediakan petugas-petugas bagi memastikan tahap keselamatan yang munasabah.. Gerek Baru sentiasa menyokong setiap usaha untuk memajukan aktiviti berbasikal . Kayuhan MTB ini akan diadakan seperti di bawah:

                Nama Kayuhan:        Jamboree CP3 Jitra
                Tarikh              :        19 Mei 2012   7.30 a.m
                 Tempat            :        Tasik Darulaman, Bandar Darulaman, Jitra, Kedah

                 Anjuran            :        Ahli Parlimen Kubang Pasu, Majlis Belia Daerah Kubang Pasu dan Pejabat   Belia Daerah Kubang Pasu.

Secara keseluruhannya trek yang bakal dihidangkan adalah untuk tahap beginner dan pertengahan. Ini dipilih berdasarkan kepada profil pengayuh-pengayuh yang bakal beraksi pada acara tersebut. Sebenarnya, banyak lagi acara yang bakal dihidangkan pada hari tersebut yang juga bersempena Hari Belia Negara. Acara kayuhan basikal fixie juga bakal diketengahkan pada hari temasya.

Kayuhan hari ini lebih kepada memperkenalkan trek kepada petugas-petugas dan rider. Sokongan daripada rakan-rakan dari Perlis, Alor Setar dan Sungai Petani turut memeriahkan kayuhan. Amatlah diharapkan jalinan kerjasama dengan Pejabat Belia Daerah dan Ahli Parlimen Kubang Pasu bakal diteruskan bagi memajukan aktiviti-aktiviti berbasikal di Jitra.

Semua foto hakmilik Pudin TTG dan terima kasih di atas kebenaran untuk mengeluarkan semula.

Sifu Nasron
Saudara Anuar(tengah) dari Kepala Batas, Jitra
Din-Orang kuat belia 
Haniff dengan Specialized 29'ners
semangat berpasukan dan tolong menolong
Bunyamin serta anak-anak-berbasikal sebagai aktiviti keluarga
Cik Li Team Gerek Bendang Perlis
Fitri dan Zahir dari GTG Perlis
Md Noor dari Payalantau Changloon
Zul Airforce- rider yang sedang mencipta nama dalam pertandingan MTB
Sesi Teh tarik

Read more...
Related Posts with Thumbnails

About This Blog

MyLife, MyBike, MyFriends, MyWorld

A notes of my mountain biking activities and my experiences to be shared

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP