Dilema Dalam Kesamaran
17 April, 2010
Hari ini aku dalam dilema. Yang mana satu aku patut pilih. PudinTTG ajak aku kayuh ke Lebai Hussin Sintok bersama Tandope and the Gang misi pencarian jalan baru. Aku komited dengan misi pembukaan jalan baru lebuhraya dalam hutan. Pada masa yang sama, kawan kawan sepermainan basikal aku Riezal dan Lan yang dah lama tak berkayuh sama mengajak aku mengharungi jalan berbukit Jitra-Bukit Wang. Pukul 12 tengahari pula, aku kena bergegas ke Sungai Petani untuk makan tengahari bersama kawan kawan sekolah sains dan berbincang mengenai reunion yang bakal diadakan pada hari Wesak Mei ini.
Maka Team terpaksa berpecah dua. Aku bertekad setia berkayuh di Jitra bersama Alias bikeshop, Senu, Cikgu Lutfi, Riezal dan Lan. Manakala nun jauh di Sintok, PudinTTG and the Gang berhempas pulas meneroka trek Lebai Husin. Di Jitra, trek CP3 reverse osmosis dipilih.
Senu kayuh bergaya
Alias bikeshop@ Pallas
Cikgu Lutfi sentiasa ceria ketika kayuhan
Riezal bersama Lan yang dah lama tak berkayuh bersama aku disebabkan kesibukan tugas. Hari ni mereka turun memeriahkan lagi aktiviti.
0 comments:
Post a Comment