Kedah Jamboree Berkubur?

23 April, 2010


Memang sah Kedah Jambore akan hanya tinggal nama. Kepada pengayuh yang pernah melalui babak babak kayuhan trek jamboree, mereka boleh menilai Kedah Jambore berada didalam kelasnya tersendiri. Ia mungkin bukan jamboree yang terbaik. Trek laluannya juga bukan yang terbaik. Tetapi ia meninggalkan kesan yang mendalam dalam diari kayuhan aku. Ia banyak mematangkan kayuhan aku. Ia berjaya mengurangkan keresahan aku pada ketinggian dan menengelamkam kegoyahan aku pada kecuraman. Ia mengajar aku bahawa kesungguhan mengatasi kelemahan. Kekuatan jiwa sebenarnya melebihi kekuatan fizikal untuk memacu kayuhan aku kegarisan penamat. Aku berjaya walaupun bukan dikelompok elit. Aku sebenarnya berjaya menguasai minda negatif aku sendiri. Itulah sebenarnya kejayaan aku.

Apakah kita hanya mampu melihat satu nama yang besar ini berlalu dibawah lipatan sejarah? Siapakah yang paling layak menghidupkan semula Kedah Jamboree? Siapakah yang berkeupayaan mengembeling seluruh warga MTB, badan kerajaan dan pembiaya kearah ini?? Adiharriman mungkin ada jawapannya.

Aku masih lagi mencari-cari...siapakah mereka??

5 comments:

adiharriman.com said...

Zn, sungguh shahyu bermadah.

Insyaallah, KJ akan kembali hujung Oct. Time meeting kat wiama aku nak ajak hangpa, pudin dan geng jitra sekali.

Tlg sms no tel ke 0194418308

TQ

adiharriman.com said...

Sori Zn - keluar admin pulak

zn said...

Ini satu berita yang cukup mengembirakan dari Adiharriman. Kedah Jamboree adalah kebanggaan warga MTB di Kedah. Kami di Jitra akan memberi sokongan 150% kearah menjayakan temasya ini. Syabas Adiharriman.

acong said...

hidup kedah jamboree!!! w

Anonymous said...

Kedah Jamboree mesti jadi.... antara yg ditunggu2.....

Related Posts with Thumbnails

About This Blog

MyLife, MyBike, MyFriends, MyWorld

A notes of my mountain biking activities and my experiences to be shared

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP