Aidil Fitri Greeting

08 September, 2010

Gerek Baru mengucapkan Selamat Hari Raya kepada semua pembaca, pengikut dan rakan taulan tidak kira di mana saja berada. Aidil Fitri adalah perayaan menyambut kemenangan mengekang hawa nafsu selama 30 hari. Semangat bermaaf maafan dan berkerjasama amat digalakkan.


Amatlah diharapkan dengan kemunculan Syawal, semangat kerjasama dan silaturrahim sesama insan akan terus dihidupkan dan dipupuk tanpa mengira ideologi dan kumpulan. Semoga dalam aktiviti berbasikal ini akan mengembangkan lagi jaringan persaudaraan dan hubungan komunikasi sesama individu untuk lebih mengenali antara satu sama lain dan seterusnya akan membuka ruang kepada lebih banyak jalinan dan muafakat.

Kita sebenarnya berada di dalam era persaingan yang sengit. Persaingan 'head-on' bukanlah cara yang baik untuk bersaing sementelahan kekurangan infrastruktur. Cara yang lebih rasional adalah dengan berkerjasama walaupun keuntungan kurang kerana kedua dua belah pihak berkeadaan menang-menang bukan menang jadi abu kalah jadi arang. Jika kita amati dengan teliti, prinsip ini akan membawa kita ke satu tahap yang lebih tinggi yang tidak pernah kita terfikir.

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN

2 comments:

akmalhizam said...

salam aidilfitri, Zn.
dalam sungguh makna kat perenggan ketiga tu...

you're right. synergy would bring us to a level higher than we thought possible.

zn said...

Thanks Akmal.

I tend to remind my own self. Something bothered me lately and prompted me to say something even nobody would hear. A lots of negative development here in northern's cycling community..cancellation of Kedah Jamboree..subsequently my blog was removed from one of popular listings but luckily was reinstated back..etc

Related Posts with Thumbnails

About This Blog

MyLife, MyBike, MyFriends, MyWorld

A notes of my mountain biking activities and my experiences to be shared

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP