Jerai Merdeka
17 September, 2010
Pendakian demi pendakian langsung tidak menjemukan. Gunung Jerai terus menggamit pengayuh-pengayuh basikal dari seluruh pelusuk tanahair ke puncak merdeka. Perasaan merdeka menguasai minda ketika di puncak. Satu perasaan yang sukar digambarkan. Kejayaan melepasi kongkongan dan kekangan. Kejayaan melepasi halangan seperti membuka injap oksigen untuk pernafasan yang lebih luas.
Gerekbaru merakamkan penghargaan kepada Zul Fuji yang sanggup datang dari Penang untuk bersama sama memeriahkan kayuhan. Sebenarnya saudara Zul bukanlah asing kepada pengayuh pengayuh di kawasan Jitra kerana orang rumahnya berasal dari Malau, Jitra. Selepas ni bila balik Jitra, jangan lupa bawa balik gerek bersama sama.
Haribulan: 16 Sept 2010
Pengayuh tegar: Ustaz Raja, Zul Fuji, Yap Polimas dan zn
Jiwa merdeka
0 comments:
Post a Comment