Sepagi Di Bukit Kelubi
08 December, 2012
Tarikh: 2012 Dis 8, hari Sabtu, jam 8.00 pagi
Bukit Kelubi melatari Jitra. Berada dibelakang Taman Tunku Sarina dan terletak dalam kawasan hutan Bukit Payung. Ketinggian sederhana cuma 295meter sahaja dari aras laut. Dari puncaknya dapat melihat panorama indah hampir seluruh pekan Jitra hingga ke Alor Setar. Mula di daki sekitar tahun 2009 oleh Team Jitra. Kalau dahulu kabus yang dingin menyapa pipi, kini … hutannya sudah bolos ditebang menyebabkan suasana dingin dan redup sudah berkurangan. NAMUN trek ini tetap menjadi pilihan ramai geng-geng Utara untuk mencabar kudrat mereka.
Hari ini seramai 10 orang rider mencabar diri mendaki Bukit Kelubi. Dari puncak, kami turun melalui ‘zig-zag trail’ . Penurunan yang curam lagi mencabar kerana laluan yang kelihatan usang dengan ditumbuhi rumput dan pokok liar. Batu-batu longgar dan jalan yang terhakis kerana hujan lebat. Namun ia tidak mematah semangat kami, rakan-rakan baru dari Changloon(ACM) dapat melepasi walau hati dok kecut.
Opppss … jaga-jaga
Pass mai. Kerjasama diperlukan
Cabaran baru bagi rider baru