Kedah Jamboree Charity Race Review
02 August, 2009
Secara keseluruhan aku cukup puas hati dengan penganjuran Kedah Jamboree. Lima bintang patut diberikan kapada mereka yang bertungkus lumus tidak mengira tenaga bagi memastikan kejayaan temasya ini. Juga tidak lupa kepada peserta peserta lebih dari 700 orang dari dalam dan luar kedah hingga ke Selangor dan German dan U.K yang mempamerkan semangat kesukanan yang tinggi.
Senarai kepuasan hati
1. Berjaya menamatkan kesemua 4 check point (CP)
2. Berjaya menawan Bukit Balak yang cukup gah dengan killer stretches dan killer downhill walaupun tergolek sekali dalam cubaan menuruni salah satu killer downhill tapi shukur tak apa apa. Aku tak tau berapa ramai lagi yang tergolek kat belakang aku sebab aku sebab tak boleh berpaling dok pebetui urat tengkuk. Aku cuma dengar bunyi menyakar satu per satu dengan sesekali raungan panjang. Lepas tu kat kem balak aku diberitahu oleh Marshal yang kebetulan rider Jitra yang ambulan dalam perjalanan dan Land Rover Regimen 6 Melayu bergegas naik keatas utk bantuan.
3. CP dan kawasan yang merbahaya dijaga oleh Regimen 6 Askar Melayu Diraja yang cukup professional dengan kelengkapan bantuan yang cukup termasuk Land Rover dan team motorcross.
4. Marshall di setiap CP adalah terdiri dari rider Jitra dan Alor Setar yang cukup memahami situasi dan menambahkan kelancaran perjalanan.
5. Shimano XT wheelsets yang baru dipasang tidak mengecewakan ringan, lasak dan lancar. Shimano Deore hidro brake masih berfungsi dengan baik walaupun pada suhu yang cukup ekstrem agak agak aku dalam 200 darjah C sebab jari aku melepuh terkena rotor tak sampai satu saat.
6. Semangat tolong menolong menyerlah tak kira bangsa. Semasa tolak gerek diantara CP3 dan CP4 di trek pacak 90 degree, kasut bunga nipis tak menyebelahi aku disinilah riders masing masing bantu membantu.
7. Menderma kepada Yayasan Sultanah Bahiyah sambil mengayuh.
7. Menderma kepada Yayasan Sultanah Bahiyah sambil mengayuh.
8. Makan tengahari sempoi nasi merah, dalca, ayam masak merah dan telur rebus- balun 2 pinggan.
Apa yang tak puas hati
1. Satu saja yang tak puas hati. Aku kena beli full suspension bike lepas ni baru shok turun killer downhill......bila........$$$#!..
SYABAS KEDAH JAMBORE
Gambar tolak gerek dicedok dari Jane Lim
0 comments:
Post a Comment