Hantu Air MTB Challenge

14 November, 2009



Kayuhan kali ini memberi sedikit kelainan. Seramai 12 rider menyahut cabaran yang julung julung kali diadakan. Kayuhan dimeriahkan dengan penyertaan Wan Blitz, rider Redflag yang sedang meningkat dan 3 orang lagi rider dari Alor Setar. Diberitakan, 3 rider ini memulakan kayuhan dari Titi Gajah ke Jitra dan terus ke lokasi berkumpul di kedai basikal Yeh D'Pallas Taman Suria. Geng ni memang laju sampai aku pun tak sempat nak tanya nama.

Kayuhan dimulakan tepat 7.30 am dan terus menuju ke trail Bukit Wang dan memulakan pendakian demi pendakian dan terjunan graviti. Kemudian, kayuhan diteruskan ke trail Jati Pallas untuk kayuhan off road dan DH lepas brek.

Semasa perjalanan ke Bukit Wang, kami diberitahu penduduk setempat bahawa kawasan perkampungan Paya Tok Teh dan sekitarnya telah ditenggelami air hampir lebih satu meter dan semua perhubungan darat telah terputus. Untuk pengetahuan, kawasan Paya Tok Teh adalah termasuk dalam trail Wang Pallas iaitu laluan perjalanan balik.

Kami mengambil keputusan untuk melalui kawasan banjir tersebut walaupun dinasihati oleh penduduk setempat supaya mengambil jalan alternatif. Bersesuaian dengan nama rider ketegar ini, kami pun terus meredah aliran air yang deras untuk merasakan kayuhan dalam air. Kepakaran Lan Diamondback digunakan sepenuhnya. Kampung dia bersebelahan dengan kawasan banjir, jadi semua lubang, taliair dan parit dalam kepala dia. Selepas ni kalau sape2 nak buat jamboree dalam air boleh la jemput kami..he..he..


Lokasi permulaan

nih kena apa pulak??

shok kayuh dengan hangpa semua...boleh berenang ngan gerek

wan blitz sama senu

Bro Saifudin tak sabag nak terjun DH dalam air

Lan memang cekap kawasan ni pasai tak dak sapa pun terjun dalam parit

aktiviti kayuhan dalam air bermula

Enjin masuk air

0 comments:

Related Posts with Thumbnails

About This Blog

MyLife, MyBike, MyFriends, MyWorld

A notes of my mountain biking activities and my experiences to be shared

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP