Panduan Menghadapi Jamboree

20 November, 2009

Kepada pengayuh pengayuh MTB yang baru terutamanya geng Gerek Baru, acara jamboree ataupun perlumbaan XC race adalah sesuatu yang mesti disertai. Inilah sebenarnya tempat menguji tahap kuupayaan seseorang pelumba menghadapi cabaran fizikal dan mental. Disinilah juga sebarang kelemahan dihalusi dan diperbaiki.

Berikut adalah panduan kepada peserta peserta dalam menghadapi sebarang jamboree ataupun perlumbaan cross country.

1) Pastikan anda cukup training
Anda mesti cukup training. Jika sesuatu acara memerlukan kayuhan 40KM, pastikan anda train diri anda buat kayuhan 55KM, lebih sedikit daripada yang perlu. Pastikan kayuhan anda mempunyai selingan interval (saya akan menghurai lebih lanjut berkenaan interval training pada post akan datang). Secara ringkasnya, kayuhan anda mestilah sampai satu tahap sukar untuk bernafas (denyutan jantung pada tahap maksimum ). Kayuhan ini diulang seli mengikut kemampuan anda- kayuhan ke tahap maksimum kemudian kayuhan biasa- kayuhan ketahap maksimum. Jika boleh, cuba cari kawasan berbukit untuk training kerana semasa mendaki, anda akan cepat sampai ketahap maksimum(orgasm).

Lagi banyak anda training tahap ini, lagi besar cc enjin anda dan inilah yang akan membezakan kereta kancil dengan BMW.

2) Persiapan masa perlumbaan
a)Pastikan anda bersarapan pagi jika perlumbaan waktu pagi
Tahap glycogen (tenaga yang disimpan dalam otot kita yg dibina dari karbohidrat)berkurangan masa kita tidur dan perlu di ganti baru.

b) Pastikan anda minum air yang banyak.
Minum air walaupun anda tidak berasa dahaga. Ini kerana badan kita mengeluarkan air yang banyak semasa aktiviti ekstrem ini dan perlu diganti segera.

c) Pastikan anda sediakan makanan ringan yang kaya dengan karbohidrat/glukos yang mudah diserap badan semasa perlumbaan. Contoh: coklat, buah tamar, biskut oat, pulut udang dll. Ini penting kerana semasa aktiviti ekstrem ini, badan kita memerlukan banyak karbohidrat yang disimpan dalam bentuk glykogen untuk menggerakkan otot otot kita dan tenaga ini perlu diganti. Karbohidrat ibarat minyak petrol pada kereta, semakin lama anda kayuh semakin berkurangan.

d) Jangan over-push diri anda
Ketahui tahap keupayaan anda dan jangan over the limit.

Selamat berjamboree dan jumpa anda di Pendang

0 comments:

Related Posts with Thumbnails

About This Blog

MyLife, MyBike, MyFriends, MyWorld

A notes of my mountain biking activities and my experiences to be shared

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP