Pendang MTB Jamboree Update

21 November, 2009


7 biji kereta dengan jentera masing masing bersiap sedia berlepas ke Bukit Perak, Pendang jam 6.30am dari Jitra. 7.45 am sampai di Bukit Perak selepas berhenti sarapan dengan geng Red Flag Lontruth, Wan Blitz bersama Ravi.

Kami tidak meletakkan harapan yang tinggi sangat pada penganjur, lagipun ini adalah jamboree anjuran pertama mereka. Asalkan boleh kayuh, ada marking yang cukup, ada minuman yang cukup dah kira ok. Secara keseluruhannya, pihak penganjur menjalankan kerja dengan baik walaupun ada serba sedikit kekurangan yang kecil yang mungkin boleh diperbaiki pada tahun depan. Makanan tak cukup...memang dah dijangka sebab banyak last minit penyertaan. Walauapapun tahniah kepada Majlis Daerah Pendang kerana penganjuran yang berjaya dan jamboree ini akan dimasukkan dalam kalendar penyertaan kami tahun depan.

Lebih kurang 300 peserta (anggaran sahaja) mengharungi hujan renyai renyai dan jalan berlumpur dan licin untuk kegarisan penamat. Bila aku nampak barisan pelumba dari Majlis Sukan Negeri Kedah, aku tau dah sapa yang nak menang. Seperti dijangka, no 1 kategori lelaki dan wanita dibolot oleh pelumba MSN dan veteran no 1 dibolot oleh Tok Wan Shahidan dari Perlis. Kebanyakan pelumba cukup berpuas hati kerana mendapat no dibawah 100. Bukan senang ooo nak dapat no bawah 100 ni di jamboree...ha..ha....haha. Che Senu hantar SMS kat aku dapat no 10 kategori veteren, orang panggil nama dia nak bagi hadiah dia dah cabut balik....bukan apa unsangkarable. Tahun depan hangpa jangan harap la nak dapat nombor tu...hua ...hua...ha.. Lontruth dapat no 80, katanya first time dapat nombor below 100 dalam mana mana jamboree.

Trail dikategorikan easy to medium difficulty. Jalan cukup licin sekali dan banyak rider yang jatuh, macam main drift. Disinilah yang membezakan rider pengalaman dan novice. Rider pengalaman macam cikgu Lotfi, dia cool saja ambil side dicelah celah lurah gelinciran. Pilihan tayar juga memainkan peranan yang penting dalam meredah jalan yang licin.

Syabas Majlis Daerah Pendang dan jumpa lagi tahun depan.

p/s: still waiting Saifudin to email me the photo of the events because i don't bring my camera.Gambar atas cedok dari Acong Cobra

1 comments:

Acong Fikri said...

betol2..
aku rase mcm bagus je jamboree nie. hehe sebb dapat no below 100.. hahha..

xla.. waktu kat check point.. 3 4 org petugas dtg kat aku..bagi air.. pisang.. baguih laa hehe..

petugas kategori
awek tu ramai yg test ride basikal aku hehe :p

Related Posts with Thumbnails

About This Blog

MyLife, MyBike, MyFriends, MyWorld

A notes of my mountain biking activities and my experiences to be shared

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP