Menjinakkan Gergasi Hitam

31 January, 2010

Photobucket
Setelah hampir dua tahun berkecimpung dalam dunia basikal gunung ekor keras, inilah kali pertama tranformasi besar besaran dibuat terhadap jentera kayuhan. Operasi menukar badan dibuat dengan berhati hati. Ia perlu mengambil kira keadaan kewangan yang ketat. Badan yang dipilih mestilah benar benar bersesuaian dan serasi dengan pemiliknya.

Sepanjang tahun, banyak jentera telah dianalisa dan di pandu uji. Profil dan kecenderungan kayuhan terus dikutip. 80% kayuhan dilakukan di luar jalan yang banyak melalui pendakian, rentasan desa dan penerjunan bukit yang agresif. Badan jentera yang dipilih mestilah lebih kecil dan ringan dengan geometri mantap untuk kendalian yang sukar. Ternyata gergasi hitam menjadi pilihan. Ia bukanlah yang terbaik tetapi yang paling serasi dan memenuhi sempadan yang ditetapkan.

Seramai lapan jentera ekor keras berlepas dari Taman Suria Jitra ke laluan Hutan Simpan Bukit Wang temasuklah kayuhan sulung gergasi hitam. Gergasi hitam cukup responsif dan terus mengikut liuk lentok badan seperti yang diarahkan. Sampai dipertengahan Hutan Simpan, kumpulan pengayuh berpecah kepada dua. Satu kumpulan ingin mencuba laluan terjunan graviti dan berjinak jinak kearah menjadi penerjun bukit sepenuh masa. Gergasi hitam memilih untuk ke CP3 dimana ujian sebenar untuknya sedang menunggu.

Gergasi hitam ternyata sukar dijinakkan di CP3. Ia mencanak bukit balak bagaikan dikejar anjing. Kendaliannya cukup tepat. Liuk lentuk terjunan bukit berketepatan tinggi. Ringan. Geometri sedia lumba juga sesuai diatas jalan raya. Cukup serasi dengan fizikal penunggang yang ringan dan pipih. Kombinasi semanggang Manitou tujuh R menyerap asakan demi asakan laluan turunan berbatu kasar penuh bergaya. Kepuasan menyerlah. Keyakinan bertambah.

Spesifikasi terkini:
Badan : Giant XTC Team 2009 ekor keras
Semanggang serap hentak : Manitou R Tujuh
Perubah landasan depan dan belakang : Shimano Deore
Batang pemegang tempat duduk: KCNC Scandium TI Prolite
Perewel: Shimano Deore
Rakap: Shimano SPD
Buyung: Belakang-Deore XT dan depan Novatec bebola tutup penuh.

Siapa kata bahasa melayu tidak sesuai untuk penulisan teknikal? Tidak selari dengan peraliran teknologi? Hakikatnya bahasa melayu cukup indah dan terus selari dengan peredaran zaman.

Photobucket

Photobucket

Photobucket
Kepten Jamal

Photobucket
Syam Gfisher


atbata- prestasi yang sedang meningkat. Pemegang plet 356 RUN10 mewakili Gerek Baru

0 comments:

Related Posts with Thumbnails

About This Blog

MyLife, MyBike, MyFriends, MyWorld

A notes of my mountain biking activities and my experiences to be shared
There was an error in this gadget

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP