Back on Saddle

26 September, 2009



Kurang lebih sebulan tak kayuh. Naik tangga tingkat 2 ofis aku pun rasa semput. Urat perut betis dan paha pun koi cekang. Cuma dok exercise otot dagu dan pipi saja , makan , makan dan makan.

Pagi ni aku angkat keluar gerek dari stor dan cuci segala sawang dan habuk, grease head, minyakan rantai dgn singer oil, pam angin, adjust RD tension, ....ready to roll. Solo ride.

Destinasi: Pulau Pisang-Jitra-IKBN-MRSM-Jln Gelong-Teluk Tenggiri-Padang Perahu-Batu 17-Jalan Padang Limau-Gelung Rambai-Jeram-Stesen Keretapi-Pulau Timbul-Kampung Budi-Padang Gelam-Kampung Naga-Teluk Malik-Changkat-Pulau Pisang.

Distance: 60km lebih kurang

Max speed: aku potong pak aji naik motor yamaha cdi tahun 81 nak pi dusun masa turun gon, aku agak dia naik 35km/h, so aku punya speed lebih sikit pada dia...kira ok la tu.

Min Speed: Masa berenti makan dan tuggu traffic light.

Calories burned: Ketupat pulut, lemang, Bihun sup tulang, nasi himpit semua burned.

Carbohydrate loading: Nasi lemak 4 bungkus + cucug keriya + Neslo ais kat gerai Batu 17, Tunjang.

Maximum heart rate: semput tak boleh nak kira.

Lepas balik kayuh, bergegas ke warehouse beskal kat Bukit Pinang cari gerek baru kat kawan aku. Kawan aku kat A.Setar dah adjust dgn tokey dia awal awal lagi. Team Gerek Baru mengalu alukan Lan aka Diamondback... ni ganaih punya kaki. Sebenarnya Lan dah beberapa kali kayuh dgn kita orang tetapi pastu dia jual gerek dia atas sebab sebab tertentu, orang shah alam beli via internet. Anda dialu alukan untuk meriahkan lagi Team Gerek Baru.

Read more...

Beraya Dirumah Tradisional Kedah

23 September, 2009



Rumah tradisional Kedah ini terletak di Jalan Sultanah, Alor Setar lebih kurang 100m dari persimpangan Jalan Langgar dan Jalan Sultanah. Bentuk dan binaan adalah tipikal rumah tradisi Kedah yang banyak terdapat di Kedah Utara terutama dikawasan penanaman padi. Khabarnya rumah ini dibawa dari Simpang Empat, Sala dan dibina semula disini.

Kehalusan seni bina melayu cukup terserlah pada ukiran dalaman . Tangga batu dan beranda dibina semula berdasarkan rekabentuk rumah tradisi di Pulau Pisang, Tunjang. Sedikit ubahsuai dilakukan pada kibar layar dan selak. Tandas dibina diatas memenuhi piawai American Standard. Dinding anyaman buluh memudahkan pergerakan udara. Sentuhan lanskap masih lagi baru tetapi apabila matang akan mewujudkan suasana kampung didalam taman.

Keutuhan dan kehalusan tradisi melayu ini langsung tidak kekok berada dicelah celah timbunan sinibina moden dan deretan bungalow ditepinya. Bahkan, ia membangkitkan selera seni dan jati diri.

Read more...

SMSK85 Raya Gathering Updates

22 September, 2009

Photobucket
Back(from left):Jat(SMSK86), Rizal, Afzarudin, Pak Lah, Yani, Nawi ketam, zn, mizie, Nuril, Hasbullah, Zambri, Nazri puyuh, Bob, Cikgu Yien, Razip, Dr Nan.
Front(from left): Majoy, Nadzida, Haziya, Norazliza, Shamdona

Bekas pelajar yang takde dalam gambar : Rahimi, Shukri leman, Hanani, Aminasir, Zaki tok Bet, Pak Din Ludin, Radzi kodiang, Huda dan Cikgu Fauziah.

Seramai 29 exSMSK85 @ Sains Kedah @ Sekolah Sultan Mohamad Jiwa, Sungai Petani telah menghadirkan diri diperjumpan hari raya 2009 bertempat di rumah Majoy, Jalan Dato' Kumbar, Alor Setar pada 22/09/09. Angka ini berdasarkan gambar yang diambil dalam group dan pengamatan aku dan mungkin tidak tepat. Perjumpaan kali ini dimeriahkan lagi dengan penyertaan pasangan dan anak anak masing masing yang cukup understanding. Tidak lupa juga kepada exSMSK85 yang tidak dapat menghadirkan diri atas sebab sebab yang tak dapat dielakan dan mengirim berbagai bagai barang termasuklah salam. Juga rakan rakan yang duduk nun jauh di oversea, bila makan ketupat teringat kat hampa semua.

Acara berkisar kepada makan memakan dan sembang menyembang maklumlah lama tak jumpa. Cuma kali ini diatas permintaan tuan rumah Majoy, pada selepas solat fardhu asar diadakan majlis tahlil untuk guru guru dan rakan rakan yang yang pergi lebih awal daripada kita. Majlis tahlil diketuai oleh Haji Zambri.

Menu yang disediakan cukup menarik oleh tuan rumah Majoy. Aneka kuih raya, laksa, laksam, ketupat bersama rendang berbagai aneka termasuklah rendang rusa, nasi ...apa namanya..ada buah gajus bersama dalca, satay dan lain lain lagi.

Keseluruhan tetamu begitu teruja berjumpa satu sama lain dan bertukar namecard dan handphone no masing masing. Memang inilah tujuan perjumpaan diadakan untuk meneruskan talian silaturrahim dan memantapkan lagi jaringan profesionalisme sesama bekas pelajar. Kesinambungan jaringan ini akan diteruskan lagi pada keesokan harinya dimana satu pertandingan golf persahabatan akan diadakan di Permaipura Golf Resort yang diatur khas oleh Shamdona.

Ada ura ura dan cadangan cadangan diketengahkan kepada bekas pelajar sempena jubli perak bekas pelajar pada tahun hadapan. Yang pastinya satu "grand gathering" akan diadakan di Sungai Petani dan tentunya lawatan ke sekolah dan sesi "give back" boleh diatur. Apa pun kita menantikan perkembangan ini.

Jutaan terimakasih diucapkan kepada tuan rumah Majoy yang menyediakan menu dan tempat yang cukup selesa, Shamdona yang tak boleh tidog sejak dua minggu lepas dok pikiag pasai gathering ni, Tuan Mizie for your generousity, Jat (adik ipar Majoy junior SMSK86 ) dan semua bekas pelajar, spouse dan anak2 yang menyumbang dalam pelbagai bentuk yang tak disebut disini.

More photos for this event pls click Raya Gathering 09

Photobucket
yang ni bakar satay ke atau satay terbakar?
Photobucket
Puteri2 SMSK85 cikgu fauziah,Huda,hanani&haziya, mana lagi yang lain lain puteri????

Read more...

SMSK85 @ Alumni Sains Kedah Raya Gathering

21 September, 2009

SMSK85 raya gathering is on and at final preparation stage will be held on 22 Sept 2009 3pm to 6pm at rumah Majoy Jalan Dato' Kumbar, Alor Setar. It is please to announce The Gerek Baru will be the unofficial media for the event.

A meeting was held on 17 Sept 09 at Pak Mad Cafe called by Shamdona and attended by zn, majoy, shamdona and our official sponsor Tuan Mzie. Majoy had given 120% committment to make the gathering as smooth as possible. Tuan Mzie also had given his undivided commitment by saying only one authoritative word " all the bills please forward to me" period. Shamdona will present a surprise dishes.... a ha wait for the day.

All the menus was finalized which will be a mix of light and not so heavy dishes. Not to forget also the kids menu. A big tents will be lifted infront of the compound of Majoy's home. Don't worry Majoy's home has a very big compound which can accomodate up to 3K people easily. A quick glance showed about 30 participants had confirmed attendance which totaled up around 100 guests. Anyway, the preparation will take into account last minute confirmation and unexpected turn up.

Looking forward for the event.

Read more...

Salam Aidilfitr Dari Gerek Baru

17 September, 2009

Pada kesempatan dibulan dan hari yang mulia ini aku susun sepuluh jari pohon kemaafan kepada semua kengkawan dimana saja berada jika terdapat sebarang kesilapan dan kegurisan terhadap sebarang tulisan, perbuatan dan percakapan samaada disedari atau tidak.

Salam Aidilfitr diucapkan pada kengkawan mountainbikers seluruh malaysia khasnya diutara yang terus menerus mewarnai dunia seni ini dengan pelbagai aktiviti walaupun di bulan puasa. Kepada penganjur KPLR (Kayuhan Pecah Lemak Raya ) tahniah diucapkan atas sambutan yang cukup hebat. Dunia MTBs ini perlukan insan insan sebegini yang sanggup mengambil risiko, mengadai masa dan tenaga tanpa mengharapkan keuntungan untuk melonjakan seni ini ketahap tersendiri.

Tak lupa juga pada kengkawan aku kat states dulu Ali kutak, jagong, tofeek, ramly, azlan, am, apai & ajis- if you all do stumble upon this blog do catch me! miss you all. To ajis last known in connecticut wish to join you there.

Juga pada kengkawan aku masa bujang dulu kat persiaran tuna seberang jaya 1993 yang dah lost kontek jamil, bulat,r'man dll you all are true frens. Juga kengkawan aku pada 90an di kelab rekreasi penang mansor tlk tempoyak, lan kayak, atan, boy sg lokan dll yang terus menerus menghiking bukit bukau di penang dari bukit bendera sampai ke teluk kampi. Juga kengkawan serempitan aku awal 90an di seagate, amd. conner dan komag.

Tak lupa juga kengkawan aku kat kezan securities bishop street tahun 2000 (la OSK securities) yang tak pernah serik main share. This line betui betui ajar aku jadi hati kering, emotionless.

Kepada kengkawan yang terus wewarnai hidup ini "Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin "

Read more...

Transformation of Gerek Baru

09 September, 2009

I,m glad to announce the completion of migration from old theme to a new theme for this blog. Thank to ourblogtemplate for the great design and helpful assistance. I'm attracted to this design. Neat, clean looking, straight forward, 2 column and flexible. Has a lot of gadgets and expandable for future expansion...aha now know already what i'm thinking about.

The Gerek Baru logo still unchange. The orange radiance shows freshness and energy. The color and the logo will be the trademark for this blog. Also, in just three month since starting blogging, gerek baru word is on first page of Google search engine. Just type gerek baru in google search, it will be displayed on first page...maybe the mat salleh never use this kind of word so less competition..don't bother much about this.

This also marks my seriousness toward blogging. I'm committed to keep this blog running. I'm committed to update fellow MTB's with my straightforwad writing. I'm here to stay. I'm here to give my small part toward cheering up the Malaysia MTB's world.

This blog is not only about mountainbiking. It is about sharing of experiences and interests with others. If we learn the hard way to achieve something, why don't we share with others the easy way to go...! Any comments?

Read more...
Related Posts with Thumbnails

About This Blog

MyLife, MyBike, MyFriends, MyWorld

A notes of my mountain biking activities and my experiences to be shared

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP