Back on Saddle

26 September, 2009



Kurang lebih sebulan tak kayuh. Naik tangga tingkat 2 ofis aku pun rasa semput. Urat perut betis dan paha pun koi cekang. Cuma dok exercise otot dagu dan pipi saja , makan , makan dan makan.

Pagi ni aku angkat keluar gerek dari stor dan cuci segala sawang dan habuk, grease head, minyakan rantai dgn singer oil, pam angin, adjust RD tension, ....ready to roll. Solo ride.

Destinasi: Pulau Pisang-Jitra-IKBN-MRSM-Jln Gelong-Teluk Tenggiri-Padang Perahu-Batu 17-Jalan Padang Limau-Gelung Rambai-Jeram-Stesen Keretapi-Pulau Timbul-Kampung Budi-Padang Gelam-Kampung Naga-Teluk Malik-Changkat-Pulau Pisang.

Distance: 60km lebih kurang

Max speed: aku potong pak aji naik motor yamaha cdi tahun 81 nak pi dusun masa turun gon, aku agak dia naik 35km/h, so aku punya speed lebih sikit pada dia...kira ok la tu.

Min Speed: Masa berenti makan dan tuggu traffic light.

Calories burned: Ketupat pulut, lemang, Bihun sup tulang, nasi himpit semua burned.

Carbohydrate loading: Nasi lemak 4 bungkus + cucug keriya + Neslo ais kat gerai Batu 17, Tunjang.

Maximum heart rate: semput tak boleh nak kira.

Lepas balik kayuh, bergegas ke warehouse beskal kat Bukit Pinang cari gerek baru kat kawan aku. Kawan aku kat A.Setar dah adjust dgn tokey dia awal awal lagi. Team Gerek Baru mengalu alukan Lan aka Diamondback... ni ganaih punya kaki. Sebenarnya Lan dah beberapa kali kayuh dgn kita orang tetapi pastu dia jual gerek dia atas sebab sebab tertentu, orang shah alam beli via internet. Anda dialu alukan untuk meriahkan lagi Team Gerek Baru.

2 comments:

tanda said...

Bila nak kayuh lagi?
Esp utk beginner course macam aku la!Habag sama no!

zn said...

Nanti kita plan kayuh dari Jitra ke Kodiang, kena pasembor Kodiang pastu kita tala balik estimate jarak lebh kurang 90KM pi balik...orait. Bulan 12 ni kita kayuh pi Songkla tidur diHadyai semalam, buat border pass...orait.

Related Posts with Thumbnails

About This Blog

MyLife, MyBike, MyFriends, MyWorld

A notes of my mountain biking activities and my experiences to be shared
There was an error in this gadget

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP