Beraya Dirumah Tradisional Kedah

23 September, 2009



Rumah tradisional Kedah ini terletak di Jalan Sultanah, Alor Setar lebih kurang 100m dari persimpangan Jalan Langgar dan Jalan Sultanah. Bentuk dan binaan adalah tipikal rumah tradisi Kedah yang banyak terdapat di Kedah Utara terutama dikawasan penanaman padi. Khabarnya rumah ini dibawa dari Simpang Empat, Sala dan dibina semula disini.

Kehalusan seni bina melayu cukup terserlah pada ukiran dalaman . Tangga batu dan beranda dibina semula berdasarkan rekabentuk rumah tradisi di Pulau Pisang, Tunjang. Sedikit ubahsuai dilakukan pada kibar layar dan selak. Tandas dibina diatas memenuhi piawai American Standard. Dinding anyaman buluh memudahkan pergerakan udara. Sentuhan lanskap masih lagi baru tetapi apabila matang akan mewujudkan suasana kampung didalam taman.

Keutuhan dan kehalusan tradisi melayu ini langsung tidak kekok berada dicelah celah timbunan sinibina moden dan deretan bungalow ditepinya. Bahkan, ia membangkitkan selera seni dan jati diri.

0 comments:

Related Posts with Thumbnails

About This Blog

MyLife, MyBike, MyFriends, MyWorld

A notes of my mountain biking activities and my experiences to be shared
There was an error in this gadget

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP