SMSK85 Raya Gathering Updates

22 September, 2009

Photobucket
Back(from left):Jat(SMSK86), Rizal, Afzarudin, Pak Lah, Yani, Nawi ketam, zn, mizie, Nuril, Hasbullah, Zambri, Nazri puyuh, Bob, Cikgu Yien, Razip, Dr Nan.
Front(from left): Majoy, Nadzida, Haziya, Norazliza, Shamdona

Bekas pelajar yang takde dalam gambar : Rahimi, Shukri leman, Hanani, Aminasir, Zaki tok Bet, Pak Din Ludin, Radzi kodiang, Huda dan Cikgu Fauziah.

Seramai 29 exSMSK85 @ Sains Kedah @ Sekolah Sultan Mohamad Jiwa, Sungai Petani telah menghadirkan diri diperjumpan hari raya 2009 bertempat di rumah Majoy, Jalan Dato' Kumbar, Alor Setar pada 22/09/09. Angka ini berdasarkan gambar yang diambil dalam group dan pengamatan aku dan mungkin tidak tepat. Perjumpaan kali ini dimeriahkan lagi dengan penyertaan pasangan dan anak anak masing masing yang cukup understanding. Tidak lupa juga kepada exSMSK85 yang tidak dapat menghadirkan diri atas sebab sebab yang tak dapat dielakan dan mengirim berbagai bagai barang termasuklah salam. Juga rakan rakan yang duduk nun jauh di oversea, bila makan ketupat teringat kat hampa semua.

Acara berkisar kepada makan memakan dan sembang menyembang maklumlah lama tak jumpa. Cuma kali ini diatas permintaan tuan rumah Majoy, pada selepas solat fardhu asar diadakan majlis tahlil untuk guru guru dan rakan rakan yang yang pergi lebih awal daripada kita. Majlis tahlil diketuai oleh Haji Zambri.

Menu yang disediakan cukup menarik oleh tuan rumah Majoy. Aneka kuih raya, laksa, laksam, ketupat bersama rendang berbagai aneka termasuklah rendang rusa, nasi ...apa namanya..ada buah gajus bersama dalca, satay dan lain lain lagi.

Keseluruhan tetamu begitu teruja berjumpa satu sama lain dan bertukar namecard dan handphone no masing masing. Memang inilah tujuan perjumpaan diadakan untuk meneruskan talian silaturrahim dan memantapkan lagi jaringan profesionalisme sesama bekas pelajar. Kesinambungan jaringan ini akan diteruskan lagi pada keesokan harinya dimana satu pertandingan golf persahabatan akan diadakan di Permaipura Golf Resort yang diatur khas oleh Shamdona.

Ada ura ura dan cadangan cadangan diketengahkan kepada bekas pelajar sempena jubli perak bekas pelajar pada tahun hadapan. Yang pastinya satu "grand gathering" akan diadakan di Sungai Petani dan tentunya lawatan ke sekolah dan sesi "give back" boleh diatur. Apa pun kita menantikan perkembangan ini.

Jutaan terimakasih diucapkan kepada tuan rumah Majoy yang menyediakan menu dan tempat yang cukup selesa, Shamdona yang tak boleh tidog sejak dua minggu lepas dok pikiag pasai gathering ni, Tuan Mizie for your generousity, Jat (adik ipar Majoy junior SMSK86 ) dan semua bekas pelajar, spouse dan anak2 yang menyumbang dalam pelbagai bentuk yang tak disebut disini.

More photos for this event pls click Raya Gathering 09

Photobucket
yang ni bakar satay ke atau satay terbakar?
Photobucket
Puteri2 SMSK85 cikgu fauziah,Huda,hanani&haziya, mana lagi yang lain lain puteri????

4 comments:

tanda said...

Tahniah Zn.
Kita dah ada "blog rasmi" utk aktiviti smsk85 selain drp yahoo group kita.Teruskan usaha murni ni.
Radzi@Kodiang

zn said...

Memang tujuan aku supaya blog ni complement yahoo group kita. Yahoo group kita eksklusif untuk group sahaja tetapi blog ni menjangkau kepada audience yang lebih luas. Jadi suasana akan lebih meriah...world!!!

mulan said...

bestnya...tahniah to all yang berusaha menjayakan majlis raya tu..good work!!

Anonymous said...

Tahniah... a very successful event... sorry for not being able to attend.... Insyaallah, will join next time jika keadaan mengizinkan...

Related Posts with Thumbnails

About This Blog

MyLife, MyBike, MyFriends, MyWorld

A notes of my mountain biking activities and my experiences to be shared

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP