My Anniversary of Cycling
14 July, 2009
Anak perempuan aku yang paling kecik cukup berminat dengan basikal
Kawan kawan terawal yang sentiasa menemani kayuhan tak kira di mana. Aku tak akan lupa depa semua... kawan sejati tak mungkin dapat diganti
Masing masing kepala nampak bintang, peluh seram sejuk- nak pitam le tu.... maklumlah baru belajar panjat bukit he ne ...
Minggu ni genap setahun aku berkecimpung dalam aktiviti yang dinamakan kayuh gerek. Banyak suka dari duka yang ditempuh. Banyak duit jugak yang habis.... tapi orang kata kepuasan diri tu tidak ada harga...priceless.
Banyak kawan kawan baru yang aku berkesempatan kenal. Kebanyakan mereka cukup ikhlas, positif dan supportif.Antara pengalaman yang tak boleh dilupa apabila kami satu group yang baru berjinak dalam kayuhan ni kayuh panjat bukit wang dan sampai sekerat jalan masing masing terhoyong hayang nak pitam. Walaupun matahari cukup cerah waktu tu, tapi bila tengok sekeliling nampak gelap macam nak hujan. Masing masing nak kayuh tak mau mengalah sebab malu kat kawan lain, padahal semua yang dok ada pun nak pitam jugak......selepas rehat satu jam atas puncak kami pun kayuh turun dan berhenti makan di warung kaki Bukit Wang.... kami balun habis satu raga nasi bungkus... kakak yang dok meniaga tu pun takut tengok kami makan.....bela hantu raya ka apa...
Semakin lama aku kayuh, semakin tinggi rasa ketidakpuasan dalam diri ini. Madsud aku, aku nak yang lebih thrill lagi seperti downhill. Mungkin projek tahun depan aku nak reke full suspension bike supaya aku boleh lonjakan setakah lagi dalam aktiviti ini.
Tak lupa juga isteri dan anak anak tersayang yang sentiasa memahami dan memberi galakan terus menerus.
0 comments:
Post a Comment