Masjid Ishaqiah Pulau Pisang

08 June, 2009






3 foto di atas menyemadikan kenangan Masjid Ishaqiah Pulau Pisang sebelum dirobohkan untuk digantikan dengan masjid yang baru.


Bangunan masjid yang baru tersergam indah hampir 70% siap (foto diambil pd 8/6/09)

Pulau Pisang, Tunjang, Kedah pernah satu ketika dulu menjadi ibu negeri Kubang Pasu Darul Qiyam di bawah pemerintahan Tunku Anum Tunku Abdul Rahman. Tunku Anum adalah salah seorang wakil kerajaan Kedah yang membawa bunga emas tanda perdamaian kepada kerajaan Siam. Baginda banyak memainkan peranan sebagai negotiator yang hebat sehinggalah diberikan jajahan Kubang Pasu dibawah naungan Baginda. Baginda juga meletakkan alim ulamak di hadapan di dalam pemerintahan beliau. Amat menyedihkan, kewibawaan dan jasa baginda terhakis di bawah lipatan sejarah.
Maka lahirlah Pulau Pisang sebagai pusat ilmu dan dakwah Islam terulung dimana Pondok Pulau Pisang adalah salah sebuah instutusi pondok terawal di Kedah. Ramai pelajar dari seluruh pelusuk nusantara menimba ilmu di sini dibawah pengasasnya Haji Ishak (Nama Masjid Ishaqiah adalah bersempena namanya). Institusi pondok ini terus diperkukuhkan lagi oleh keturunan beliau sehinggalah sekarang dimana tapak asal pondok ini telah dibina Pusat Ilmu Ishakhiah oleh Dato' Ghazi Bin Sheikh Ramli .

Demikianlah serba sedikit lipatan sejarah Pulau Pisang untuk tatapan. Diruangan akan datang, catatan lebih terperinci bersandarkan fakta sejarah dan kajian akan dibentangkan.

1 comments:

mulan said...

Cantik masjid baru.. jalan jitra-kodiang-perlis siap semua dah ka?

Related Posts with Thumbnails

About This Blog

MyLife, MyBike, MyFriends, MyWorld

A notes of my mountain biking activities and my experiences to be shared
There was an error in this gadget

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP