Tunku Anum Paduka Raja Jambangan
12 June, 2009
Tidak banyak diperkatakan tentang baginda. Tidak ada sejarahwan yang betul betul serius mengkaji tentang baginda. Sesetengahnya hanya merujuk baginda sebagai utusan penghantar bunga emas ke Siam dan tidak lebih dari itu. Siapakah sebenarnya baginda?
Tunku Anum Tunku Abdul Rahman diputerakan pada 1790M. Baginda adalah cucu kepada Tunku Ibrahim Raja di Limbang dan anak saudara kepada Sultan Ahmad Tajuddin. Baginda memerintah Negeri Kubang Pasu Darul Qiyam beserta 24 mukim di dalamnya dari tahun 1841 hingga kemangkatan baginda pada 31 mei 1853. Baginda menjadikan Pulau Pisang sebagai ibu negeri pusat pentadbiran.
Pada tahun 1821, Ligor (sekarang Nakon Sri Tammarat) menyerang dan menawan Kedah dalam usaha meluaskan pengaruh Siam dan penguasaan bekalan beras. Sultan Ahmad Tajuddin (1804-1845) melarikan diri ke Penang dan seterusnya ke Melaka. Penduduk Kedah melancarkan serangan balas dan penentangan tetapi tidak berhasil mengugat kuasa Ligor yang lebih kuat.
Tunku Anum mula mengatur strategi untuk membebaskan Kedah dari tangan Ligor. Walaupun mengambil masa yang lama hampir 20 tahun (penaklukan Siam di Kedah 1821-1841), strategi baginda berjaya. Baginda berpura-pura menyokong kerajaan Ligor sehinggalah mendapat kepercayaan Phya Sina Nunchit, pemerintah Ligor di Kedah yang juga anak kepada Raja Ligor. Baginda terus mendapat kepercayaan kerajaan Ligor sehinggalah diberi tempat di dalam kerajaan Ligor dan tinggal di Ligor. Pada masa yang sama, baginda menghantar utusan ke Kedah untuk melatih pejuang-pejuang melayu bagi melancarkan serangan ke atas pos Siam. Strategi baginda cukup mudah. Baginda mengarahkan pejuang melayu melancarkan serangan bagi memusnahkan bekalan makanan dan seterusnya menjatuhkan semangat juang tentera Siam. Bantuan yang tiba dari Siam juga terus digempur. Kerajaan Ligor Siam mendapat tamparan hebat. Kos menakluki Kedah semakin tinggi sehinggalah Raja Ligor beralih kepada Tunku Anum untuk menyelesaikan perkara tentang penentangan rakyat Kedah.
Disinilah Tunku Anum memainkan peranan perunding yang hebat. Baginda mencadangkan satu keadaan situasi menang-menang diantara kerajaan Kedah dan Siam. Beliau menyarankan supaya Ligor menarik balik tentera mereka keluar dari Kedah dan Kedah bersetuju membayar ufti dalam bentuk bunga emas setiap tahun kepada kerajaan Ligor. Saranan baginda terus disambut oleh kerajaan Ligor dan Kedah keluar dari cengkaman Siam.
Baginda seterusnya dianugerahkan Negeri Kubang Pasu Darul Qiyam oleh Sultan Ahmad Tajuddin untuk ditadbir dan memilih Pulau Pisang sebagai pusat disebabkan infrastruktur yang sedia terbina seperti masjid dan sekolah. Tidak dinafikan peranan ulamak seperti Haji Ishak Pulau Pisang yang banyak mempengaruhi pemerintahan baginda. Dimasa ketiadaan baginda menghantar bunga emas ke Siam, Haji Ishak akan memangku pemerintahan negeri.
Demikianlah serba sedikit sejarah Tunku Anum untuk paparan
Rujukan:
1)New Sraits Time Press, July 28,2000
2)Perbadanan Perpustakaan Awam Kedah, Alor Setar.
3)Universiti Kebangsaan Malaysia, Thesis "Pusat Ilmu Ishakiah, Pulau Pisang" Maizan Abdullah
2004
4)Ku Daharah Binti Ku Kasim, 95 tahun-Kg Pulau Pisang

0 comments:
Post a Comment