Penutup 2011 Untuk Jitra
28 December, 2011
Cebisan dibawah ditujukan khas kepada penggiat-penggiat MTB yang berpengkalan di Jitra dan menjadikan Jitra sebagai pusat aktiviti sukan MTB yang terulung di utara Malaysia.
Disebelah barat dilitupi bukit bukau
Disebelah timur dihampari hijau sawah padi
Diutara gamitan Danok dan Sadao
Diselatan manusia tidak putus berkunjung tiba
Udara segar pagi Sabtu dihirup gelojoh
Deretan speda samar-samar dicelah cahaya
Angin Timur pagi disanggah bersahaja
Deretan Maxxis monorail melakar garisan..GIANT katanya lebih besar
Trek Fuel lebih batuan..SPECIALIZED lebih pengkhususan
Banshee rune ilham Red Indian, HASA ustaz raja menanti masa dan ketika
kaden diatur dan dibelah mengikut masa, teknik diperhalusi terus kedestinasi
CP3 terlalu boring, apakah ada CP seterusnya?
Trek KSJ santai dan laju
Jati Perik terlalu cliche
Jitra Bike Park terlalu pendek dan junam
Trek Hosba mendahului senarai singahsana
Jitra bumi bertuah
Dimana MTB dan alam bergabung menjadi satu
Penghuni penuh komitment dan kasih yang sangat mendalam
Gerek Baru dan Jitra tidak mungkin berpisah